Electronic Arts (EA) dengan berbesar hati mengumumkan game golf terbaru mereka iaitu EA Sports PGA Tour yang bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 24 Mac 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.
EA Sports PGA Tour pada tahun ini membawa semua acara terbesar golf termasuk the Masters Tournament, PGA Championship, U.S. Open Championship dan The Open.

Bersama-sama dengan pelancaran EA Sports PGA Tour, mereka juga akan membawa masuk Road to the Masters di mana ia adalah mode tradisi sejak awal lagi. Kali ini, mereka menampilkan Augusta National, cabaran, kejohanan dan peralatan yang terikat dengan Masters. Dalam game ini juga akan menampilkan LPGA Tour 2023 di mana ia adalah satu kejohanan golf bagi wanita sahaja.
Selepas hampir 8 tahun tidak mengeluarkan game golf, EA Sports kini menambah pelbagai kandungan seperti World Famous Courses, Your Career, Your Way, THE PLAYERS Championship and FedEx Cup Playoff, Ladies Professional Golf Association (LPGA) and Amundi Evian Championship, True-to-Life Course Visual, Shotlink dan juga TrackMan Data.

Selain itu, mereka juga telah membuka pre-order EA Sports PGA Tour kepada sesiapa yang berminat. Game ini disediakan dengan dua edisi termasuk Standard Edition dan Deluxe Edition. Berikut adalah senarai kelebihan yang ditambah di dalam Deluxe Edition:
- Akses awal 3 hari
- Akses awal kepada Augusta National
- 1500 Premium PGA Tour Point
- PGA TOUR XP Bundle
- The Master Gear
Manakala untuk sesiapa yang membuat pre-order, anda akan menerima kelebihan seperti berikut:
- THE PLAYERS Championship Gear
- The Grand Slam Gear Bundle
- Scotty Cameron Putter
Jika anda berminat untuk membuat pre-order, sila KLIK PAUTAN INI.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa EA Sports akan dilancarkan pada 24 Mac 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post