EA Play Live hari ini telah mendedahkan perincian baru untuk Apex Legends Season 10, dengan kandungan baru setelah seminggu mereka memberi petunjuk dan teaser. Mereka mendedahkan tajuk rasmi musim ke-10 Apex Legends sebagai Emergence, yang akan membawa pemain ke peningkatan lebih baik di World’s Edge bersama Legend baru bernama Seer pada 3 Ogos ini.
Seer mempunyai ciri seperti Bloodhound, dimana dia mampu mengesan musuh menggunakan sensor degupan jantung yang aktif semasa anda meninjau pemandangan. Dia juga dapat menggunakan sekumpulan drone kecil yang akan mengesan musuh dan menjatuhkan bola nanobot yang besar bagi mendedahkan kedudukan mereka.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, musim ke-10 akan memperkenalkan mod peringkat Arena yang akan membantu mengurangkan beberapa masalah mod. Pembangun juga akan memberikan kemaskini peta untuk World’s Edge, dan senjata baru seperti Rampage LMG, serta telah memberikan petanda beberapa bakal memasuki ke Crypto. Namun, pemain tidak didedahkan maklumat lebih terperinci sehingga patch baru tiba di Apex Legends: Emergence.
Apex Legends: Emergence bakal bermula pada 3 Ogos ini dan anda boleh memainkannya di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, PC melalui Steam dan Origin. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Apex Legends, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post