Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Hyrule Warriors Age of Calamity mengumumkan Expansion Pass DLC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2021
in Acara, Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch, Pameran/Expo
0 0
0
[E3 2021] Hyrule Warriors Age of Calamity mengumumkan Expansion Pass DLC!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo telah mengumumkan info baru mengenai DLC Expansion Pass Hyrule Warriors Age of Calamity akan datang, yang akan dibahagikan kepada dua “fasa”. Fasa pertama yang berjudul “Pulse of the Ancients” akan dilancarkan pada 18 Jun 2021 manakala yang kedua, berjudul “Guardian of Remembrance”, akan dilancarkan pada November 2021.

Fasa DLC pertama akan merangkumi jenis senjata baru untuk Link dan Zelda, serta musuh yang lebih kuat dan tahap kesukaran “Apocalyptic”. Salah satu contoh ialah senjata Flail milik Link akan mempunyai kemampuan mencuri senjata serta serangan jarak jauh. Selain itu, pemain juga dapat mengawal “Battle-Tested Guardian” baru. Seterusnya, cabaran baru dan musuh yang lebih sukar akan ditambahkan ke dalam permainan, termasuk Giant Chuchu dan Wizzrobe yang lebih kuat.

Berikut adalah senarai semua kandungan yang akan ditambahkan di “Pulse of the Ancients”:

  • Watak baru: Battle-Tested Guardian
  • Jenis Senjata Baru:
    • Flail untuk Link
    • Master Cycle untuk Zelda
  • Tahap Kesukaran Apocalyptic
  • Cabaran Royal Ancient Lab baru
  • Musuh baru yang lebih mencabar
    • Wizzrobe peringkat tinggi
    • Giant Chuchu

Fasa pertama untuk Hyrule Warriors Age of Calamity- DLC Expansion Pass akan dilancarkan di Nintendo eStore pada 18 Jun 2021. Fasa kedua pula dirancang untuk keluar pada November 2021. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.

Sumber – Nintendo

Muat turun di sini
Hyrule Warriors: Age of Calamity
Publisher: Nintendo
Developer: Omega Force
Release Date: 2020-11-20
Nintendo Switch
Hyrule Warriors: Age of Calamity adalah permainan video hack-and-slash yang dihasilkan oleh Omega Force. Ia diterbitkan oleh Koei Tecmo di Jepun dan oleh Nintendo secara antarabangsa untuk Nintendo Switch pada tahun 2020.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLC Expansion PassGuardian of RemembranceHyrule Warriors: Age of Calamitynintendonintendo switchPulse of the Ancients
Previous Post

[E3 2021] Dragon Ball Z: Kakarot, Guardians of the Galaxy, & Life is Strange sah akan keluar di Switch!

Next Post

[E3 2021] Fatal Frame: Maiden of Black Water akan keluar di Switch dengan content baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
[E3 2021] Fatal Frame: Maiden of Black Water akan keluar di Switch dengan content baru!

[E3 2021] Fatal Frame: Maiden of Black Water akan keluar di Switch dengan content baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd