Tipulah kalau korang tidak kenal siapa Team Bosskurr, pasukan yang terkenal dengan bekas pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang seperti Soloz, Fredo, Rush, Logan, Penjahat dan Gripex yang diusahakan oleh Dureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai Daddyhood. Tapi korang tahu tidak kisah disebalik Team Bosskurr ini? Mari saya ceritakan.

Pada awalnya, Team Bosskurr ditubuh atas nama Team Saiyan pada tahun 2017 yang pada ketika itu mempunyai orang kuat seperti HawkEye dan Rush. Mereka kemudiannya menjemput Fredo untuk menyertai kumpulan ini. Dengan barisan pemain HawkEye, Rush, Fredo, 2ez4jep, Kuja dan H4nGus, mereka berjaya memenangi pertandingan MSC Qualifiers Final pada 31 Julai 2017 mengalahkan Mysterious Assassin (MyA). Pada bulan September, Penjahat, Gripex dan Logan telah menggantikan tempat 2ez4jep, H4nGus dan Kuja yang telah meninggalkan Team Saiyan.
Dengan barisan pemain baru tersebut, mereka berjaya memenangi pertandingan Mobile Legends MVP Cup pada 25 November 2017 sekali lagi mengalahkan pasukan MyA. Pada tahun 2018, masih lagi dengan barisan pemain yang sama, Team Saiyan berjaya mendapat tempat teratas untuk MPL MY-SG 2018 meninggalkan pasukan IDNS daripada Singapura sebanyak dua mata.

Pada Mac 2018, di atas pencapaian Team Saiyan yang menakjubkan, mereka berjaya menarik perhatian Tan Sri Tony Fernandes, CEO syarikat penerbangan Air Asia. Tony Fernandes telah menaja pasukan ini dan menukar nama kepada AirAsia Saiyan. Tidak lama kemudian, Soloz telah menyertai Air Asia Saiyan dan HawkEye telah mengundurkan diri daripada barisan pemain untuk menguruskan pasukan tersebut.
Tidak lama selepas itu, Air Asia Saiyan telah menyertai pertandingan Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018 di Jakarta. Namun mereka tewas di perlawanan pertama di tangan Aerowolf tetapi berlaku sedikit drama ketika itu. Air Asia Saiyan membuat pilihan untuk menarik diri daripada pertandingan tersebut. Selepas beberapa bulan, mereka sertai pertandingan MPL MY-SG S2 di mana mereka telah lakukan yang terbaik. Tetapi disebabkan terdapat beberapa masalah, kumpulan ini berjaya mendapat tempat ke-4 sahaja.
Pada 7 November 2018, pasukan Air Asia Saiyan secara rasmi telah dibubarkan. Memandangkan mereka membawa nama syarikat yang terkemuka, ia secara tidak langsung memberikan tekanan besar kepada kumpulan tersebut. Lalu mereka membuat keputusan untuk keluar daripada Air Asia Saiyan.

Selepas beberapa bulan mendiamkan diri, Soloz, Fredo, Logan, Penjahat, Rush dan Gripex telah muncul semula dengan nama kumpulan baru iaitu Team Bosskurr. Mereka memilih nama tersebut kerana ia adalah istilah yang digunakan oleh ramai peminat Mobile Legends waktu itu dan telah menjadi trend untuk memanggil orang lain “bosskurr”. Bosskur bermaksud nama panggilan ‘bro, pekerja atau bos’ yang digunakan dalam loghat Sabah.
Mesti korang rasa nostalgia dan teringin untuk melihat enam orang ini kembali dalam satu pasukan dan bertanding secara profesional. Sekarang masing-masing telah membuat haluan sendiri. Maka itu sajalah kisah ringkas tentang Team Bosskurr. Korang rasa team mana lagi yang korang nak kami ceritakan? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.
Jika anda ingin banyak lagi liputan tentang esport daripada kami, boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post