Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DualSense Edge Akan Tersedia di Malaysia Pada 26 Januari! Berharga RM 999!

Maira by Maira
October 19, 2022
in Artikel, Berita, Produk, PS5, Teknologi
0 0
0
DualSense Edge Akan Tersedia di Malaysia Pada 26 Januari! Berharga RM 999!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah memperkenalkan DualSense Edge wireless controller untuk PlayStation 5, controller ultra-customizable berprestasi tinggi pertama pada Ogos yang lalu. Untuk pengetahuan anda, DualSense Edge akan tersedia secara global pada 26 Januari 2023!

Controller tersebut akan dijual dengan harga RM 999. Sebagai tambahan, replaceable stick module juga akan tersedia pada tarikh yang sama, berharga RM 99.

Anda boleh menjadikan controller Dualsense Edge wireless ini unik dengan tiga set stick cap dan dua set back button. Segala-galanya akan disertakan dalam case yang disertakan, dan anda juga boleh mengecas controller melalui sambungan USB apabila disimpan dalam case untuk memastikan anda sentiasa bersedia untuk sesi gaming anda yang seterusnya.

Berikut adalah segala item yang tersedia dalam case tersebut:

  • Controller DualSense Edge wireless
  • Kabel USB braided
  • 2 cap standard
  • 2 cap high dome
  • 2 cap low dome
  • 2 Half dome back button
  • 2 Lever back button
  • Penyimpan connector
  • Case

DualSense Edge wireless controller menampilkan beberapa pilihan customization berasaskan perkakasan dan perisian, termasuk:

  • Kawalan ultra-customizable: Anda boleh menjadikan ‘remap’ atau menyahaktifkan input butang tertentu dan melaraskan sensitiviti analog stick dan dead zone (jarak analog stick bergerak sebelum dikenalpasti dalam game) . Di samping itu, setiap trigger boleh dilaraskan dengan pilihan untuk mengubahsuai jarak perjalanan dan dead zone mengikut pilihan anda. Contohnya, anda boleh mengurangkan jarak perjalanan trigger secara manual untuk input yang lebih pantas dalam game FPS kompetitif atau mengurangkan dead zone untuk kawalan yang tepat dalam game perlumbaan.
  • Boleh menyimpan banyak profil bagi kawalan: Setelah menemui tetapan ideal, anda boleh menyimpannya ke profil unik dan bertukar-tukar antaranya dengan cepat.
  • Interface pada controller: Butang Fn khusus membolehkan anda melaraskan setup dengan mudah sambil kekal fokus pada aksi dalam game – bertukar dengan cepat antara profil kawalan pratetap anda, melaraskan volume permainan dan voice chat serta akses profil menu tetapan controller untuk menguji lelaran kawalan semasa dalam game.
  • Stick cap dan back button boleh tukar: Tiga jenis stick boleh tukar (standard, high dome dan low dome) memastikan anda selesa dalam game sambil mengekalkan cengkaman dan kestabilan. Dua set back button yang boleh ditukar (half-dome dan level) boleh dikonfigurasikan kepada apa-apa input butang lain, lantas meletakkan kawalan yang lebih penting di hujung jari anda.
  • Modul analog stick boleh ganti: Main lebih lama dengan menggantikan sepenuhnya setiap modul analog stick individu pada controller (modul ganti akan dijual secara berasingan).
  • Ciri DualSense sudah tersedia: DualSense Edge mengekalkan keselesaan dan pengalaman DualSense semasa bermain game yang disokong, termasuk maklum balas haptik, adaptive trigger, mikrofon, motion control dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai controller DualSense Edge, sila lawati laman web rasmi produk.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSense Edgeps5
Previous Post

Review Uncharted: Legacy of Thieves Collection (PC) — Pengembaraan visual paling best setakat ini!

Next Post

“Edgerunners Merupakan Karya Standalone” — Anime Cyberpunk Tidak Menerima Sekuel Baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Edgerunners Merupakan Karya Standalone” — Anime Cyberpunk Tidak Menerima Sekuel Baru!

"Edgerunners Merupakan Karya Standalone" -- Anime Cyberpunk Tidak Menerima Sekuel Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd