Komuniti Honkai: Star Rail sedang mengalami drama baharu, bukan kerana masalah dengan game itu sendiri, sebaliknya drama ini melibatkan pelakon suara Inggeris untuk watak 4★ baharu Moze dan pelakon suara Inggeris untuk antagonis Sunday.

Khususnya, Moze sepatutnya disuarakan oleh Chris Niosi, yang telah mengaku melakukan penderaan seksual dan mental terhadap beberapa mangsa pada masa lalu. Dalam sebuah mesej pada Julai 2019, dia berkata:
“Nama saya Christopher Niosi; juga dikenali sebagai Kirbopher. Saya berumur 30 tahun dan selama kira-kira separuh daripada hidup saya, saya telah menganiaya rakan-rakan, rakan sekerja dan juga kekasih dengan teruk.”
Pada November 2020, Niosi mendakwa bahawa dia telah “melakukan segalanya yang mampu untuk menebus kesilapan kepada mereka yang terjejas oleh tingkah laku masa lalunya.”

Walau bagaimanapun, beberapa mangsa mendakwa bahawa mereka sebenarnya tidak pernah mendengar sebarang mesej daripada Niosi, sama ada untuk menebus kesalahan atau permohonan maaf, yang menimbulkan keraguan tentang keikhlasannya.
Sudah tentu, ramai peminat tidak gembira apabila Niosi dipilih untuk peranan Moze dan meminta agar dia diganti. Bagaimanapun, beberapa rakan sekerja membelanya, dengan mengingatkan komuniti bahawa Niosi sudah meminta maaf secara terbuka dan meminta orang ramai memberinya peluang kedua.
Namun, beberapa rakan yang pernah mempertahankan Niosi sebelum ini, seperti Alejandro Saab -yang memainkan peranan besar dalam ketiga-tiga game besar HoYoverse sebagai pelakon suara Anton Ivanov, Jing Yuan, dan Cyno- telah mengubah fikiran selepas menerima maklumat baharu dan berkata mereka kesal pernah mempertahankannya berdasarkan dakwaan yang mengelirukan.

Apa yang menyebabkan drama ini menjadi semakin meletup ialah apabila Griffin Puatu turut masuk campur, yang menyuarakan si antagonis Sunday dalam Honkai: Star Rail. Melalui Reddit, dia mempertahankan Niosi dan seolah-olah menyalahkan mangsa atas kontroversi itu.
“Jika orang yang disakiti oleh Chris percaya dia tidak layak untuk dimaafkan, atau dia tidak berubah sama sekali, maka itu terpulang kepada mereka,” tulisnya.

Dalam posting seterusnya, dia menjelaskan bahawa ini bukan niatnya: “Pertama, saya TIDAK menyalahkan mangsa untuk apa-apa. Apa yang saya katakan ialah terpulang kepada mereka sama ada mahu memaafkan Chris atau tidak, atau percaya dia telah berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun, saya tidak percaya mereka boleh memutuskan sama ada dia bekerja semula atau tidak.”
Tindaka ini, yang mengabaikan kenyataan mangsa dan menyalahkan mereka (walaupun secara tidak sengaja) telah menimbulkan respon negatif yang besar di seluruh komuniti sehingga ramai meminat agar dia dipecat supaya tidak terlibat lagi dalam Honkai: Star Rail.

Nasib baiklah, HoYoverse pun cepat bertindak kerana Niosi kini telah meletakkan peranannya sebagai Moze manakala lakonan suara Inggeris untuk Moze akan dikemas kini dalam versi kemudian.
Statement on the English Voice Artist Adjustment for Moze (The Hunt: Lightning)
— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) July 25, 2024
Hello, Trailblazers,
The English voice artist (Chris Niosi) for the character Moze (The Hunt: Lightning) and his voice lines will be updated in later version. For details, please stay tuned for…
@gamersantaimy
Discussion about this post