Di acara Capcom Showcase 2023 hari ini, lebih banyak info tentang judul RPG Dragon’s Dogma II telah ditunjukkan termasuk gameplay dan screenshot baharu. Dibentangkan oleh pengarah Hideaki Itsuno, anda boleh menonton dahulu segmen Dragon’s Dogma II untuk mendapat gambaran lagi jelas:
Khususnya, Pengarah Hideaki Itsuno menjelaskan tentang sistem pertempuran, Pawns (rakan AI) dan sistem gameplay di dalam Dragon’s Dogma II.
Pertama sekali, Vocation (kelas) yang dipilih oleh pemain akan menentukan sama ada kita perlu bertarung dengan musuh secara jarak dekat memakai pedang; atau secara jarak jauh memakai busur dan anak panah atau sihir. Malangnya, jenis-jenis Vocation tidak didedahkan lagi.

Pada masa yang sama, pelbagai elemen lain seperti rupa bumi dan jumlah musuh akan mencipta senario pertempuran yang dinamik sepanjang permainan. Sebagai contoh, anda boleh menghancurkan jambatan yang dinaiki oleh raksasa manakala tanah yang tidak rata boleh digunakan untuk tumbangkan musuh besar. Ini menggalakkan pemain untuk merancang pelbagai strategi untuk berjaya dalam pertempuran.
Kedua ialah Pawn yang dikawal AI. Pawn akan menemani pemain sepanjang perjalanan untuk membentuk sebuah parti sehingga empat watak. Walaupun kita boleh berkawan dengan ramai Pawn, hanya rupa dan penampilan Pawn utama sahaja boleh diubah suai. Pawn utama ini kemudian boleh direkrut oleh pemain lain.

Tidak kira bersama kita atau orang lain, apa yang dipelajari oleh Pawn tersebut melalui pengalaman mereka akan dicerminkan dalam tingkah laku, lalu menjadikan AI lebih kuat dan pandai. Secara umum, Pawn boleh membimbing pemain ke lokasi baharu, bekerjasama secara dinamik semasa pertempuran, dan juga bertindak balas terhadap detik-detik istimewa seperti meraikan kemenangan tipis bersama pemain.
Ketiga, Dragon’s Dogma II memanfaatkan kuasa RE ENGINE untuk mencipta dunia kira-kira empat kali ganda lebih besar daripada saiz Dogma Dragon’s original. Dunia ini akan padat dengan musuh, event dan lokasi – semuanya dipaparkan dengan teknologi grafik terkini.

Kisah ini bermula di penjara bawah tanah di mana suara Naga bergema dalam kabus kenangan yang hilang.
Bangkit, Arisen, dan kalahkan saya, sesuai dengan dogma dunia ini.
Di antara alam manusia dan binatang, seorang wira mesti memenuhi takdir mereka yang dilupakan.
Apakah dogma yang dilihat oleh hati melalui mata anda?
Ini adalah kisah seseorang yang akan membunuh Naga dan menuntut takhta.
Sinopsis
Sekali lagi saya ingatkan, Dragon’s Dogma II akan dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Tarikh keluaran tidak diumumkan lagi. Baca segala berita kami tentang Dragon’s Dogma di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post