Semasa pre-show Xbox Game Showcase, port Dragon Quest XI S telah diumumkan untuk Xbox One dan boleh didapati melalui Xbox Game Pass. Port ini akan dikenali sebagai Dragon Quest XI S: Definitive Edition. Asalnya, Dragon Quest XI hanya boleh didapati di PlayStation 4 dan PC tetapi akhirnya datang ke Nintendo Switch dalam edisi “ultimate” yang dikenali sebagai Dragon Quest XI S. Versi Xbox One ialah port pada versi Nintendo Switch.
Di atas ialah treler pendedahan rasmi. Ia bermula dengan mempamerkan pengembaraan Dragon Quest XI yang kita semua kenal. Kemudian, ia mengesahkan akan mempunyai kandungan 2D eksklusif Nintendo dan jalan cerita tambahan yang ditambahkan ke versi Nintendo Switch. Ini bermaksud peminat boleh mengambil bahagian dalam pertarungan bos tambahan dan menghabiskan masa bercinta dengan ahli parti.
Dragon Quest XI S: Definitive Edition akan keluar di Xbox One, PS4, dan PC pada 4 Disember 2020 manakala versi biasa boleh didapati sekarang di PlayStation 4 dan PC untuk seluruh dunia. Mereka yang mempunyai Nintendo Switch pula boleh bermain Dragon Quest XI S. Untuk baca segala liputan tentang Xbox Games Showcase, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post