Dibangunkan oleh Square Enix dan Tose, Dragon Quest Treasures akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 9 Disember ini! Ingin tahu apa yang menarik tentang game spin-off terbaru daripada francais ini, jom kami ceritakan!
Dragon Quest Treasures merupakan game spin-off terbaru yang membawa pemain mengikuti kisah lampau adik-beradik Erik dan Mia semasa kecil. Kalau anda ingin tahun, mereka mula diperkenalkan dalam game Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age.

Erik dan kakaknya Mia tinggal di kapal panjang Viking, mengimpikan hari mereka boleh meneroka dunia untuk mencari harta karun. Pada suatu malam mereka bertemu dengan Porcus dan Purrsula dan dibawa pergi ke tempat misteri yang dikenali sebagai Draconia – tempat legenda yang penuh dengan khazanah yang hanya menunggu untuk ditemui. Pengembaraan yang selalu diimpikan oleh Erik dan Mia akhirnya menjadi kenyataan!

Pemain akan mengawal Erik dan Mia semasa mereka meneroka syurga pemburu harta karun. Loot boleh disembunyikan di lokasi yang paling susah diakses, jadi pemain mesti merekrut pelbagai raksasa dan menggunakan kebolehan memburu harta karun mereka yang unik. Makhluk yang hebat ini akan membantu pemain untuk berlumba di atas padang luas, memanjat tebing dan meluncur di atas jurang yang besar. Mereka juga akan memberikan bantuan dalam pertempuran menentang pemburu harta karun! Dengan mengumpulkan harta karun, nilai vault pemain akan meningkat, membolehkan mereka mengembangkan pangkalan dan seterusnya boleh membina pasukan raksasa hebat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dragon Quest Treasures, anda boleh lawati laman web rasmi game. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post