Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest III HD-2D Sah Keluar Di PS5, Xbox Series, Switch & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Quest III HD-2D Sah Keluar Di PS5, Xbox Series, Switch & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diumumkan pada tahun 2021, ‘Dragon Quest III HD-2D‘ – remake separuh 2D-3D untuk Dragon Quest III: The Seeds of Salvation yang dibangunkan oleh AMATA K.K – akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, Switch, dan PC melalui Steam, dan Microsoft Store.

Berita ini diumumkan melalui media sosial oleh Square Enix, di bawah:

Walaupun video itu tidak menunjukkan nama Dragon Quest III , ia memaparkan “Mark of Erdrick” yang muncul dalam Dragon Quest, Dragon Quest II: Luminaries of the Legendary Line dan Dragon Quest III: The Seeds of Salvation, diikuti dengan teks, “The legacy begins.” Logo Dragon Quest dan HD-2D ditunjukkan di atas Mark of Erdrick, bersama logo PlayStation 5, Xbox Series, Switch, Steam dan Windows di bawah.

Asal Usul Dragon Quest III

Kredit: Square Enix

Dragon Quest III: The Seeds of Salvation, ialah RPG yang dibangunkan oleh Chunsoft dan diterbitkan oleh Enix pada 1988. Ia merupakan ansuran ketiga dalam siri Dragon Quest dan pertama kali dikeluarkan untuk Family Computer (Famicom) dan kemudian untuk Nintendo Entertainment System (NES).

Game ini menerima enhanced remake untuk Super Famicom pada tahun 1996 dan Game Boy Color pada tahun 2001 dan di bawa ke telefon pintar dan Wii pada tahun 2009 dan 2011. Versi Android dan iOS dilancarkan pada 2014.

Kredit: Square Enix

Tiga game pertama Dragon Quest adalah sebahagian daripada jalan cerita yang sama dan secara kronologi, Dragon Quest III ialah game pertama dalam siri, serta game ketiga yang menampilkan hero Erdrick.

Daripada segi jalan cerita, kisah ini mengikuti “Hero” yang ditugaskan untuk menyelamatkan dunia daripada Baramos yang jahat. Sambil mengumpul sekumpulan teman-teman untuk menjadikan parti, Hero mesti mengembara ke seluruh dunia, singgah di pelbagai bandar dan lokasi, dan pergi ke sarang Baramos.

Baca segala berita kami tentang Dragon Quest di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon QuestDragon Quest III HD-2D
ShareTweetSend
Previous Post

Kolaborasi ROG SAGA x PUBG MOBILE Bermula – Boleh Menang ROG Phone 8 Percuma!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Cursed Clash Umum 5 Watak Baru Dalam DLC Baru, Akan Datang 30 Mei

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Cursed Clash Umum 5 Watak Baru Dalam DLC Baru, Akan Datang 30 Mei

Jujutsu Kaisen: Cursed Clash Umum 5 Watak Baru Dalam DLC Baru, Akan Datang 30 Mei

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd