Malam tadi, Square Enix dan pembangun Artdink Corporation mengeluarkan teaser trailer pertama untuk Dragon Quest I & II HD-2D Remake.
Koleksi ini, yang bakal dilancarkan pada hujung 2025 di Nintendo Switch, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Microsoft Store, membawa bab awal francais Dragon Quest ke era moden dengan gaya seni HD-2D.
Teaser trailer ini, yang berdurasi lebih daripada satu minit, mempamerkan estetika ikonik HD-2D yang menggabungkan watak seni piksel dengan persekitaran 3D—gaya yang dipopularkan oleh tajuk seperti Octopath Traveler dan dikemas kini lagi dalam Dragon Quest III HD-2D Remake.
Peminat dapat melihat sekilas landskap biasa dari Dragon Quest I, di mana seorang wira tunggal meneroka dunia luar, dan Dragon Quest II, yang menggambarkan jumlah watak yang lebih luas.

Berlatar selepas peristiwa Dragon Quest III dalam garis masa Erdrick Trilogy, game ini mengikuti keturunan wira legenda Erdrick.
Dalam Dragon Quest I, pemain menyelamatkan seorang puteri dari Dragonlord, manakala Dragon Quest II menyaksikan Prince of Midenhall dan sepupu-sepupunya menggagalkan cita-cita sorcerer Hargon untuk menakluki dunia.

Walaupun trailer ini tertumpu pada visual dan bukannya gameplay yang mendalam, ia mengesahkan tarikh pelancaran 2025 yang pertama kali diumumkan pada Jun 2024. Diawasi oleh Team Asano dari Square Enix, yang terkenal dengan HD-2D, duo ini membina kejayaan Dragon Quest III—yang terjual lebih 2 juta salinan di seluruh dunia.
Walaupun butiran khusus masih dirahsiakan, pemain boleh menjangkakan combat turn-based, sprite piksel yang berwarna warni, dan kemas kini quality-of-life lagi moden dari segi gameplay dan isi kandungan.

Dengan Dragon Quest Day pada 27 Mei—ulang tahun pelancaran asal 1986—sebagai sasaran seterusnya, kami berharap untuk memperoleh berita lanjut tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post