Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Champions diumumkan untuk iOS/ Android, ada mode battle royale ala PUBG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2023
in Artikel
0 0
0
Dragon Quest Champions diumumkan untuk iOS/ Android, ada mode battle royale ala PUBG!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Square Enix dan Koei Tecmo telah mengumumkan Dragon Quest Champions, sebuah game mobile “melee command battle RPG” untuk iOS dan Android. Malangnya, tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan tetapi kita dapat tahu bahawa ujian beta tertutup akan dijalankan dari 6 hingga 13 Februari.

Sesiapa yang berminat untuk jadi penguji ujian beta boleh menghantar permohonan di SINI yang terbuka sehingga 29 Januari di mana hanya 20,000 orang sahaja akan diterima (10,000 pengguna iOS dan 10,000 pengguna Android).

Jadi, game ini tentang apa? Biar saya jelaskan!

Menurut laman web rasmi, Dragon Quest Champions adalah game mobile RPG yang boleh dimainkan secara solo atau bersama rakan-rakan. Menggunakan sistem pertempuran “command style” yang biasa digunakan oleh siri ini, pemain harus memenangi pelbagai kejohanan dan menentang pelbagai musuh untuk menjadi wira sejati.

Apa yang membuatkan game ini menarik adalah ia memiliki mode battle royale ala PUBG. Dinamakan sebagai Tournament Mode, sehingga 50 pemain akan bertarung dalam masa nyata di mana pemain boleh bertarung secara adil, melarikan diri, atau serbu pertarungan orang lain. Tetapi pemain RPG jangan risau! Game ini masih mempunyai banyak elemen gameplay solo seperti Story Mode dan banyak lagi.

Lama, lama dahulu… rancangan Demon King untuk memerintah dunia telah digagalkan oleh wira dan dua rakannya.

Banyak masa telah berlalu sejak itu… Dalam dunia yang aman, orang ramai taksub dengan “Heroic Martial Arts Tournament” yang menghormati legasi wira dahulu.

Sementara itu, seorang anak muda bertolak dari kampung tertentu untuk menyertai kejohanan tersebut. Dengan kata-kata yang pernah disebutkan oleh ayahnya semasa kecil, ia masih disimpan erat di dalam hati.

“Hanya mereka yang telah memenangi semua Heroic Martial Arts Tournament boleh menjadi wira sejati. Kita mesti mencapai ini dengan tangan sendiri.”

Dan sekarang adalah masa untuk mengikuti jejak bapa dan memenuhi janji itu. Legenda baru akan lahir!

Sinopsis
https://www.youtube.com/watch?v=1T3QzqFt620&ab_channel=%E3%82%B9%E3%82%AF%E3%82%A6%E3%82%A7%E3%82%A2%E3%83%BB%E3%82%A8%E3%83%8B%E3%83%83%E3%82%AF%E3%82%B9

Buat masa ini, itu sahaja info yang didedahkan. Saya tidak tahu bila game ini akan dilancarkan tetapi harap-harap lah pada tahun ini. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Dragon Quest, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Returnal akan keluar di PC Steam/Epic Games pada 15 Februari – Spec PC lengkap diumumkan!

Next Post

Avatar: The Way of Water kutip $1.92 bilion kalahkan Spider-Man: No Way Home!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Avatar: The Way of Water kutip $1.92 bilion kalahkan Spider-Man: No Way Home!

Avatar: The Way of Water kutip $1.92 bilion kalahkan Spider-Man: No Way Home!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd