Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Builders boleh didapati sekarang di iOS & Android pada harga RM89.90

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Dragon Quest Builders boleh didapati sekarang di iOS & Android pada harga RM89.90
Share on FacebookShare on Twitter

SQUARE ENIX CO., LTD hari ini mengumumkan bahawa game “block-building role-playing, Dragon Quest Builders, kini tersedia di peranti iOS dan Android pada nilai harga RM89.90.

Dilancarkan dengan DLC baru: termasuk Set Boss Monster Model, Set Astronomy, Pixel Ring dan Magic Carpet yang boleh digunakan dalam “Terra Incognita” (mode Free Build), pemain boleh meneroka pelbagai rupa bumi serta memanfaatkan kawalan di peranti mobile untuk pengalaman yang lebih lancar dan selesa. Sempena pelancaran, promosi “Release Celebration Sale” akan berlangsung selama 2 minggu pertama di mana harga akan dikurangkan.

Apa yang kita akan buat di dalam game? Untuk Dragon Quest Builders, pemain menggunakan kreativiti untuk mengumpulkan bahan dan membuat barang unik untuk membina semula alam Alefgard yang musnah. Berlatarkan kisah dan dunia Dragon Quest, game ini menyediakan pengalaman gaming sandbox ala-ala seperti Minecraft dan menampilkan sistem kawalan intuitif supaya pemain dapat membina menara dan istana sendiri untuk melindungi dunia daripada Dragonlord yang jahat.

DLC dalam mode “Terra Incognita” menawarkan peluang gameplay dengan set blok istimewa, macam-macam peralatan dan banyak lagi, dan tersedia untuk beli di dalam ‘in-game store. Kandungan tambahan dalam “Terra Incognita” termasuk:

  • Set Boss Monster Model – Pemain akan mendapat beberapa figura raksasa yang kemudian boleh ditambah dalam dunia mereka.
  • Set Astronomy – Pemain boleh menerangi langit malam dengan 10 bintang dan planet bagi menikmati keindahan galaksi.
  • Pixel Ring – Bukan sekadar aksesori cantik, pemain boleh memakai Pixel Ring yang memberikan jumlah “piksel” yang lebih banyak apabila mengalahkan musuh dalam “Terra Incognita”, yang kemudian boleh digunakan oleh pemain untuk mencipta item khas di workstation “Dragon Quest Game Pak”.
  • Magic Carpet – Pemain boleh menggunakan magic carpet semasa mereka memerhati, membina dan meneroka struktur dari langit, serta mendengar muzik istimewa semasa mengembara.
  • All-in-One-Pack – Set untuk 4 kandungan tambahan di atas.

Sekali lagi saya ingatkan, Dragon Quest Builders kini tersedia di peranti iOS dan Android pada nilai harga RM89.90. Selain itu, ia juga boleh didapati di PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Quest, sila tekan sini.

Download di sini!
Dragon Quest Builders (Mobile)
Publisher: Square Enix
Developer: Square Enix
Release Date: 2022-05-27
Android, iOS
Dalam Dragon Quest Builders, pemain menggunakan kreativiti untuk mengumpulkan bahan dan membuat barang unik untuk membina semula alam Alefgard yang musnah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidDragon Quest BuildersiOS
Previous Post

Horizon Zero Dawn dan God of War sah mendapat adaptasi Live Action!

Next Post

Kenali beberapa kuasa paling pelik yang wujud dalam anime! (Part 2)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kenali beberapa kuasa paling pelik yang wujud dalam anime! (Part 2)

Kenali beberapa kuasa paling pelik yang wujud dalam anime! (Part 2)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd