Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot rasmi umum DLC ‘Chaos at the World Tournament’ – Main Goku masa muda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2023
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot rasmi umum DLC ‘Chaos at the World Tournament’ – Main Goku masa muda!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengeluarkan teaser pada bulan lepas, Bandai Namco dan CyberConnect2 secara rasmi mendedahkan DLC terbaharu Dragon Ball Z: Kakarot iaitu “Chaos at the World Tournament“.

Diumumkan melalui halaman rasmi Twitter Bandai Namco Asia, mereka mengesahkan kandungan untuk DLC akan datang dan berkongsi beberapa screenshot tentang jalan cerita dan gameplay. Di sini, Bandai Namco berjanji bahawa lebih banyak maklumat akan diberitahu dalam majalah V Jump pada bulan ini.

https://twitter.com/BandaiNamcoSEA/status/1627971397632008193

Diberi nama “Chaos at the World Tournament”, DLC baharu ini mengisahkan saga “23rd Tenkaichi Budokai”, di mana Goku (remaja) berhadapan dengan Ma Jr. yang jahat – atau kini lebih dikenali sebagai Piccolo. Saga ini juga merupakan pertarungan terakhir antara Goku dan Piccolo sebelum Piccolo menjadi baik dalam Dragon Ball Z.

Daripada segi naratif, kita tidak tahu seawal mana DLC ini akan bermula tetapi gameplay nampaknya adalah Goku melawan Ma Jr. yang mampu berubah saiz menjadi gergasi. Adakah skil Goku yang kita peroleh untuk Goku selama ini dalam game turut akan dibuang (memandangkan DLC ini berlaku pada zaman dahulu)? Banyak lagi yang kita tidak tahu.

Sementara menunggu info baharu tentang ‘Chaos at the World Tournament’, korang boleh cuba dahulu DLC terkini Dragon Ball Z: Kakarot “-Bardock- Alone Against Fate”. Info penuh pasal DLC ini boleh dibaca di SINI.


Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang francais Dragon Ball termasuk game, anime dan manga di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCDragon Ball Z: Kakarotgoku
Previous Post

Dapatkan Digimon World: Next Order sekarang di Nintendo Switch & PC STEAM!

Next Post

[Review] Razer Blade 15 OLED – Peneman setia anda ke mana sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
[Review] Razer Blade 15 OLED – Peneman setia anda ke mana sahaja!

[Review] Razer Blade 15 OLED - Peneman setia anda ke mana sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd