Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: The Breakers Season 3 kini tersedia – Ginyu Force jadi Raider!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2023
in Anime, Artikel, Asymmetrical, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Dragon Ball: The Breakers Season 3 kini tersedia – Ginyu Force jadi Raider!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco dan pembangun Dimps telah rasmi melancarkan Dragon Ball: The Breakers Season 3, yang menambah Ginyu Force sebagai Raider baharu bersama sejumlah kandungan lain.

Anda boleh tonton trailer rasmi di bawah:

“Ginyu Force” boleh dikategorikan sebagai “Team-based Raider“, di mana pemain dapat bermain sebagai kelima-lima ahli Ginyu berdasarkan level semasa mereka.

Pada level pertama, Guldo boleh menggunakan abiliti Telekinesis atau Time Freeze untuk menghentikan Survivor, sambil membuatkan mereka terdedah. Level kedua ialah Recoome, di mana dia boleh mencari Survivor menggunakan scouter, sambil melakukan output damage yang tinggi. Untuk Level 3, Jeice dan Burter akan bekerjasama untuk melakukan serangan kombo AoE.

Kredit: Bandai Namco

Bagi menekankan kerja berpasukan Ginyu Force, pemain tidak akan berevolusi secara kekal ke level seterusnya; sebaliknya pemain akan bertukar watak apabila sampai ke level seterusnya, di mana watak sebelum akan membantu meronda kawasan sebagai teman AI. Jika AI menemui Survivor, mereka akan segera melaporkan lokasi Survivor tersebut, sambil memastikan mereka tidak melarikan diri.

Kemahiran istimewa Captain Ginyu ialah teknik Body Change, di mana dia boleh menukar badan dengan mana-mana Survivor untuk mensabotaj set kemahiran mereka.

Kredit: Bandai Namco

Pemain juga boleh mendapatkan sejumlah skin Survivor baharu berdasarkan beberapa watak yang kurang kuat dalam siri. Ini termasuk Dende si Namek, dan King Kai, mentor Goku di syurga. Kedua-duanya boleh didapati melalui Token TP di kedai in-game. Season 3 juga datang dengan pelbagai ganjaran Dragon Tier yang boleh dikumpul oleh pemain, termasuk skin Fortuneteller Baba.

Kredit: Bandai Namco

Selain itu, Season 3 menambah tiga watak transphere baharu iaitu Bardock (Super Saiyan), Goten (Super Saiyan), dan Teen Gohan (Super Saiyan 2). Akhir sekali untuk update percuma, peta baharu “Snowy Mountain” akan ditambahkan dalam permainan.


Buat sesiapa yang berminat, Dragon Ball: The Breakers Season 3 kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Korang boleh baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DRAGON BALL: The BreakersGinyu Force
ShareTweetSend
Previous Post

Aether Gazer bawa Modifier baru dalam kemas kini v1.05 Red & Green!

Next Post

Friday the 13th Akan Hadir Dengan Game Baharu, Didedahkan oleh Komposer Siri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Friday the 13th Akan Hadir Dengan Game Baharu, Didedahkan oleh Komposer Siri!

Friday the 13th Akan Hadir Dengan Game Baharu, Didedahkan oleh Komposer Siri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd