Bandai Namco Entertainment Asia telah melancarkan Dragon Ball: The Breakers di PS4, Xbox One dan Nintendo Switch manakala versi Steam pada 14 Oktober 2022.
Dalam game ini, pemain boleh memilih untuk menyertai pasukan Survivor di mana korang akan melarikan diri dan bertahan daripada diserang oleh musuh yang dikenali sebagai Raider.

Survivor adalah orang awam yang terperangkap dalam “Temporal Seam”, sebuah fenomena yang memerangkap mereka di satu ruang dan masa yang berbeza dalam keadaan kucar-kacir. Mereka perlu bergantung pada kepandaian masing-masing dengan menggunakan item yang bertaburan di seluruh peta, kemudian bekerjasama dengan rakan-rakan Survivor lain untuk mengaktifkan Super Time Machine.
Jika pemain memilih untuk bermain sebagai Raider, korang akan menjadi salah satu watak antagonis ikonik dari siri Dragon Ball seperti Cell, Majin Buu atau Frieza. Setiap daripada mereka akan menjadi lebih berbahaya apabila game dimainkan dalam tempoh masa yang lama dan berubah menjadi makhluk yang lebih kuat lalu memusnahkan sebahagian peta untuk mengurangkan peluang Survivor bersembunyi.
Standard Edition

- Game Penuh – Dragon Ball: The Breakers
Special Edition

- Game penuh – Dragon Ball: The Breakers edisi Special
- Pek edisi Special
- Kostum – Kostum boleh diubah suai
- Pose Kemenangan – Two-Handed Good
- Skin kenderaan – Dragon (Kuning)
Bandai juga telah memberitahu bahawa game ini akan kekal menerima sokongan selepas dikeluarkan dengan kandungan baru setiap musim dan kemas kini untuk menggembirakan peminat!
Dragon Ball : The Breakers telah dikeluarkan untuk PS4, Nintendo Switch dan Xbox One hari ini. Untuk platform PC pula boleh di pra-tempah menurusi Steam sekarang.
Untuk banyak lagi berita tentang game, anime dan banyak lagi, boleh ikuti Gamer Santai.

@gamersantaimy
Discussion about this post