Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Vegeta mendedahkan transformasi “God of Destruction”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Dragon Ball Super: Vegeta mendedahkan transformasi “God of Destruction”!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam Dragon Ball Super bab 73, Granolah membuktikan bahawa dia terlalu kuat untuk Goku, selepas melakukan serangan licik yang membuat Goku pengsan. Kini tiba giliran Vegeta untuk bertarung di mana dia berjanji untuk mengalahkan Granolah dan menghapuskan kaum Cereal selama-lamanya. Manga Dragon Ball Super bab 74 menunjukkan menampilkan pertarungan tersebut, yang berakhir apabila Vegeta menampilkan transformasi God of Destruction.

🇬🇧 New chapters are up!

🇪🇸 ¡Ya están disponibles los nuevos capítulos! pic.twitter.com/VF3I7T037i

— Follow @mangaplus_o! (@mp_unofficial1) July 20, 2021

HARAP MAKLUM! Artikel ini mengandungi spoiler untuk Dragon Ball Super bab 74!

Pada permulaan Dragon Ball Super bab 74, Vegeta terus menjadi Super Saiyan Blue. Walaupun transformasi ini sememangnya kuat, ia jelas bahawa Vegeta tidak cukup kuat dan menghadapi masalah melawan Granolah. Dengan bantuan Dragon Ball, memang tidak boleh diragukan bahawa Granolah lebih kuat dan perkara ini pun diakui oleh Vegeta sendiri. Walau bagaimanapun, Vegeta menggunakan taktik kotor dan menipu Granolah untuk meletupkan sisa-sisa kota Cereal. Sudah tentu, perkara ini membangkitkan kemarahan Granolah.

Vegeta rupanya sengaja menipu Granolah kerana ingin menilai pengalaman sebenar Granolah dan jika ia sepadan dengan kekuatan barunya. Vegeta memberitahu yang usaha dan latihan adalah ciri-ciri penting untuk seseorang menang dalam pertarungan, tanpa menilai kekuatan individu tersebut.

Granolah tetap angkuh dan memberikan satu serangan kuat pada perut Vegeta. Namun, Vegeta tidak pengsan seperti Goku. Sebaliknya, dia mula ketawa dan memberitahu bahawa dia gembira kerana akhirnya dapat bertarung atas planet di mana dia tidak perlu bimbang untuk melindungi orang lain. Ketika itulah, Vegeta menunjukkan transformasi barunya!

Dari jauh, Goku melihat ki Vegeta telah berubah dan lebih menyerupai seorang “dewa”. Selepas asap dan debu sudah reda, pembaca akhirnya dapat melihat bentuk baru Vegeta. Dia masih mempunyai rambut hitam tetapi terdapat perubahan drastik pada badan di mana kita dapat melihat dia semakin berotot. Wajah Vegeta juga berubah dan lebih menyerupai transformasi Super Saiyan 3 yang tiada kening.

“A God of Destruction taught me that power derived solely from instinct is unbounded.” -Vegeta kata sebelum tamatnya Dragon Ball Super bab 74.

Salah satu syarat yang dikenakan untuk peningkatan kuasa Granolah adalah dia tidak boleh menjadi lebih kuat daripada makhluk yang mempunyai sifat “dewa”. Oleh itu, jika Vegeta benar-benar sudah boleh menggunakan kuasa “God of Destruction” di Dragon Ball Super, dia mungkin dapat mengalahkan Granolah.

Untuk mereka yang ingin tahu apa jadi, anda boleh baca bab ini sekarang di laman web Shueisha Manga Plus secara percuma. Saya akan sediakan link di sini. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, anda boleh klik sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallDragon Ball SupergokuGranolahmangatransformasiVegeta
Previous Post

AKIBA’S TRIP: Hellbound & Debriefed kini tersedia untuk Nintendo Switch, PS4 dan PC secara global!

Next Post

Final Fantasy XIV akan ditambah ciri auto-logout di Patch 5.58 bagi mengatasi kesesakan server

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Final Fantasy XIV akan ditambah ciri auto-logout di Patch 5.58 bagi mengatasi kesesakan server

Final Fantasy XIV akan ditambah ciri auto-logout di Patch 5.58 bagi mengatasi kesesakan server

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd