Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Rumusan bab 88 kisahkan Goten & Trunks jadi Saiyaman!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Dragon Ball Super: Rumusan bab 88 kisahkan Goten & Trunks jadi Saiyaman!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan menunggu, akhirnya Dragon Ball Super kembali daripada hiatus untuk mengeluarkan bab baru! Daripada memfokuskan pada Goku dan Vegeta, kini Dragon Ball Super akan menumpukan jalan cerita kepada Goten dan Trunks yang sekarang sudah remaja. Di sini, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjelaskan sinopsis Dragon Ball Super bab 88.

Dragon Ball Super, Ch. 88: A new arc begins as Saiyaman X-1 and Saiyaman X-2 aim to clean up the town! Read it FREE from the official source! https://t.co/uIABXY2aJq pic.twitter.com/Rpo3kndct3

— Shonen Jump (@shonenjump) December 20, 2022

AMARAN! SPOILER DI BAWAH UNTUK DRAGON BALL SUPER!!

Dalam Dragon Ball Super bab 88, kita dapat tahu bahawa Goten (anak Goku) dan Trunks (anak Vegeta) kini mempunyai hobi yang berbahaya, di mana mereka menyamar sebagai duo adiwira; Saiyaman X-1 (Trunks) dan Saiyaman X-2 (Goten).

Majoriti bab ini menceritakan tentang kisah harian Goten dan Trunks yang hidup di Bumi, manakala bapa masing-masing masih berlatih untuk memerangi ancaman Black Frieza. Kini, Goten dan Trunks adalah pelajar sekolah menengah dan harus mengharungi segala isu yang dialami seorang remaja normal seperti mendapatkan teman wanita, dan mencari kawan-kawan, dengan tambahan “memerangi jenayah”.

Malangnya, keamanan tidak kekal lama kerana sekumpulan penjahat baharu telah muncul dan mensabotaj robot-robot buatan Capsule Corp di sekitar bandar. Selepas dengar berita itu, Goten dan Trunks berusaha untuk membongkarkan misteri ini.

Ternyata, dalang sebenar adalah Dr. Hedo, cucu kepada Dr. Gero dari Red Ribbon Army (yang pertama kali muncul dalam filem anime Dragon Ball Super: Super Hero). Rupanya, saintis itu telah mencipta sekumpulan android bergelar “Alpha Series”; yang penampilannya lebih seakan zombie berbanding rekaan manusia Android 17 dan Android 18.

Di penghujung bab, Trunks menggunakan kuasa Super Saiyan untuk menewaskan android-android jahat itu di samping menemui cakera data (isi kajian rahsia Dr. Gero) yang mungkin memberi petanda tentang antagonis terbaru mereka untuk story arc ini.

Itulah ringkasan saya untuk manga Dragon Ball Super bab 88 dan jika korang berminat untuk tahu kisahnya dengan lebih terperinci, sila baca bab terbaru sekarang di aplikasi atau laman web Manga Plus!


Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Ball termasuk fakta trivia dan analisis bab baru, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball SuperGotenmangaTrunks
Previous Post

Tom Cruise tunjuk stunt paling gila dalam video BTS Mission Impossible!

Next Post

Game Kung Fu “SIFU” Bakal Hadir ke Xbox dan Steam 2023 Ini! Mode Arenas Juga Diperkenalkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game Kung Fu “SIFU” Bakal Hadir ke Xbox dan Steam 2023 Ini! Mode Arenas Juga Diperkenalkan!

Game Kung Fu "SIFU" Bakal Hadir ke Xbox dan Steam 2023 Ini! Mode Arenas Juga Diperkenalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd