Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Kelahiran seorang wira yang lebih kuat dari Goku diramalkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Dragon Ball Super: Kelahiran seorang wira yang lebih kuat dari Goku diramalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2021 sudah tiba, dan Dragon Ball Super pun sudah bersedia untuk melangkah ke story arc baru. Setelah menewaskan Moro dan geng jahatnya pada tahun 2020, manga kini akan memberi cabaran baru pada Goku. Story arc Dragon Ball Super yang seterusnya ingin memperkenalkan beberapa antagonis hebat yang dikhabarkan mempunyai sejarah gelap dengan kaum Saiyan. Berkat sebuah teaser, nampaknya kita akan menyaksikan kelahiran pahlawan paling terhebat dalam alam semesta.

https://twitter.com/DbsHype/status/1350110007459659776

Teaser ini didedahkan baru-baru ini ketika Dragon Ball Super mengeluarkan promo untuk bab berikutnya. Bab ini, yang akan dikeluarkan pada minggu depan, akan menjelaskan kepada peminat tentang Granolah dan misinya dengan lebih jelas. Namun, seperti yang ditunjukkan oleh promo tersebut, Goku akan menerima sejenis ramalan menarik dalam story arc ini.

Menurut Oracle Fish, seorang pahlawan akan dilahirkan di Universe 7 yang mengatasi kekuatan Goku. Teaser di atas mengelarkan individu misteri ini sebagai pahlawan terhebat di alam semesta, dan akan dilahirkan tidak lama lagi. Pada saat ini, saya pun tidak tahu siapakah individu misteri dalam ramalan ini, tetapi beberapa teori muncul dalam otak saya.

Pertama sekali, seorang Saiyan baru mungkin akan dilahirkan (Bulla? Biar betul kan?), tetapi menurut Oracle Fish, mana-mana pahlawan daripada planet lain boleh menepati syarat ini. Kedua ialah penggunaan perkataan “kelahiran“. Seorang pahlawan akan lahir pada bila-bila masa apabila keadaan memaksa. Oracle Fish mungkin meramalkan peristiwa ini, dan ia boleh merujuk kepada sesiapa sahaja – termasuk Goku. Pahlawan itu hanya perlu mencapai tahap baru dalam kuasa mereka, dan kita pun tahu yang Dragon Ball Super sangat terkenal untuk membuat jalan cerita seperti itu.

Apa pendapat anda tentang teaser ini? Adakah seorang pahlawan baru memang akan dilahir atau adakah seorang watak terkenal akan menjadi lebih kuat di Dragon Ball Super? Kongsi pendapat anda di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball Supergokumanga
Previous Post

Sah! DLC Maneater akan didedahkan tidak lama lagi!

Next Post

Lebih 2.5 juta unit terjual di seluruh dunia! Raikan ulang tahun ke-2 ACE COMBAT 7: SKIES UNKNOWN

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Lebih 2.5 juta unit terjual di seluruh dunia! Raikan ulang tahun ke-2 ACE COMBAT 7: SKIES UNKNOWN

Lebih 2.5 juta unit terjual di seluruh dunia! Raikan ulang tahun ke-2 ACE COMBAT 7: SKIES UNKNOWN

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd