Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Sparking! ZERO Dedahkan Gameplay Baharu, Dedah 11 Watak Baru!

Maira by Maira
March 21, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball: Sparking! ZERO Dedahkan Gameplay Baharu, Dedah 11 Watak Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball: Sparking! Zero telah pun mendedahkan gameplay yang memaparkan beberapa elemen daripada entri terdahulu serta pelbagai pembaharuan yang akan dapat dialami pemain apabila game ini lancar. Trailer baharu juga telah didedahkan, di mana kita melihat sedikit sebanyak gameplay dengan watak-watak tambahan baharu yang diumumkan.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Apabila gameplay baru didedahkan, pertarungan nampaknya lebih epik, pantas malah mengagumkan. Ia juga seakan-akan melihat semula pertarungan hebat yang ada dalam siri anime. Ciri-ciri baharu seperti “Skill Count”, “Revenge Counter” dan “Vanishing Assaults” akan ditambah untuk merancakkan game. Ia juga memberi peluang untuk pemain memberi serangan balas terhadap lawan serta menambah sedikit strategi semasa pertarungan.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Seperti yang kami nyatakan, terdapat 11 watak baharu yang diumumkan untuk Dragon Ball: Sparking! ZERO. Watak-watak tersebut adalah:

  • Super Trunks
  • Master Roshi, Max Power
  • Nappa
  • Burter
  • Jeice
  • Super Saiyan Broly (Full Power)
  • Hit
  • Super Saiyan Kale (Berserk)
  • Toppo
  • Dyspo
  • Kakunsa

Dengan penambahan 11 watak ini, sudah 35 jumlah watak yang telah diperkenalkan untuk roster game ini. Seperti yang dikhabarkan dahulu, game ini akan menampilkan 164 watak kesemuanya. Ada baki 100 lebih watak yang masih belum diumumkan. Nampaknya kita kena tunggu pengumuman lanjut pada masa akan datang.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Tidak sabar untuk melihat barisan penuh watak nanti. Dragon Ball: Sparking! ZERO akan dilancarkan di PS5, Xbox Series X|S dan PC. Buat masa ini tiada lagi tarikh pelancaran yang diumumkan kerana game ini masih dalam pembangunan oleh Spike Chunsoft.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai Dragon Ball daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallDragon Ball: Sparking! Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Attack on Titan: The Final Exhibition Malaysia Bermula Pada 25 April Ini! Harga Tiket Didedahkan!

Next Post

Marvel 1943: Rise of Hydra Bakal Lancar Pada 2025! Captain America & Black Panther Sebagai Tumpuan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Marvel 1943: Rise of Hydra Bakal Lancar Pada 2025! Captain America & Black Panther Sebagai Tumpuan!

Marvel 1943: Rise of Hydra Bakal Lancar Pada 2025! Captain America & Black Panther Sebagai Tumpuan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd