Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik mata ketiga Tien Shinhan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik mata ketiga Tien Shinhan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu watak yang berjaya mengalahkan Goku dalam World Martial Arts Tournament, Tien Shinhan adalah antara pahlawan terkenal di seluruh francais Dragon Ball, dan merupakan antara manusia terkuat di Bumi.

Sentiasa mengabdikan hidupnya untuk berlatih teknik seni mempertahankan diri bersama sahabatnya Chiaotzu, Tien kekal menjadi pahlawan yang hebat dalam francais sehingga Dragon Ball Super. Sebagai salah satu wira ikonik Z Fighter selama beberapa dekad, masih ada beberapa misteri besar yang menyelubungi dirinya seperti “mengapa Tien mempunyai tiga mata?”.

Salah satu ciri yang paling ketara tentang Tien adalah mata ketiga di tengah dahinya. Ciri tambahan ini membolehkan Tien untuk mengesan pergerakan yang pantas dan melihat ilusi seperti teknik After-Image. Tien juga dapat menggunakan mata ketiganya secara ofensif, seperti melancarkan serangan Mystery Ray (permainan Dragon Ball Z: Ultimate Battle 22). Apa yang menarik perhatian saya adalah kebanyakan watak di dunia Dragon Ball tidak kisah tentang mata ketiga Tien (mungkin mereka sudah biasa kerana masyarakat pun penuh dengan haiwan dan makhluk pelik lain).

Dalam buku panduan rasmi francais Dragon Ball bernama Daizenshuu, ia didedahkan bahawa Tien adalah keturunan dari kaum kuno yang dikenali sebagai Triclops. Buku panduan Daizenshuu menggambarkan kaum ini sebagai makhluk asing yang menetap di Bumi. Pencipta francais, Akira Toriyama, pula memberi penjelasan lain. Mata ketiga Tien berpunca dari pengaruh yang lebih teologis. Dalam agama Buddha, Hindu dan Taoisme, mata ketiga adalah bukti dari kuasa rohani tinggi yang berjaya dicapai melalui ketenangan dan meditasi.

Jadi mana satu yang betul tentang Tien Shinhan? Jom kita bincangkan sekarang dalam ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – DB Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDaizenshuuDragon BallDragon Ball SuperDragon Ball ZFaktamangamata ketigaTienTien ShinhanTrivia
Previous Post

Metal Saga: Hangyaku No Rouka rasmi akan tiba di Nintendo Switch

Next Post

Anime Record of Ragnarok akan keluar di Netflix pada 17 Jun! Besertakan trailer baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Anime Record of Ragnarok akan keluar di Netflix pada 17 Jun! Besertakan trailer baru!

Anime Record of Ragnarok akan keluar di Netflix pada 17 Jun! Besertakan trailer baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd