Baru-baru ini, Bandai Namco telah mengumumkan bahawa Dragon Ball Games Battle Hour akan kembali pada 2023. Namun, segala maklumat terperinci berkenaan game tersebut akan diberitahu pada 4 Disember 2022 di Youtube.

Kalau korang nak tahu, Dragon Ball Games Battle Hour telah diadakan setiap tahun sejak 2021. Ianya adalah satu acara di mana para peminat Dragon Ball berkumpul dan melihat pelbagai persembahan seperti acara game battle dan banyak lagi secara online melalui Dragon Ball Online Arena.
Untuk tahun 2023, Bandai Namco telah mengesahkan yang mereka akan menampilkan 3 game termasuk Dragon Ball FighterZ, Dragon Ball Super Card Game dan Dragon Ball Legends.

Para peminat yang ingin menyertai, anda boleh pergi ke Dragon Ball Online Arena dan mendaftarkan diri di sana. Selesai mendaftarkan diri, anda boleh pilih salah satu avatar yang disediakan seperti Earthling (lelaki/perempuan), Namekian, Frieza Force, Saiyan (lelaki/perempuan) dan Majin (lelaki/perempuan). Bersama-sama dengan avatar, mereka dilengkapi dengan 4 emote istimewa seperti “Fist-pump, Applause, Glow stick” dan Kamehameha.

Buat masa sekarang, mereka langsung tidak mendedahkan segala maklumat lanjut mengenai acara ini. Namun, mereka akan buat satu live stream istimewa di YouTube pada 4 Disember 2022 untuk memberikan maklumat yang lebih lanjut mengenai Dragon Ball Games Battle Hour 2023. Apapun, mari kita sama-sama nantikan pengumuman tersebut.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post