Lama tidak mendengar berita, akhirnya ada juga update terbaru untuk siri anime Dr. Stone. Diumumkan secara rasmi melalui Twitter, Dr. Stone season 3 akan ditayangkan pada 6 April 2023. Bukan setakat itu sahaja, trailer baru turut didedahkan! Anda boleh menonton trailer Dr Stone season 3 di bawah.
Bertajuk Dr. Stone New World, akan membawa anda melihat arc terbaru setelah Stone Wars berakhir. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk anime:
Dengan berakhirnya Stone Wars, bekas ahli Empire of Might bergabung tenaga dengan Kingdom of Science untuk membina sebuah kapal yang mampu belayar merentasi lautan terbuka untuk mencari jawapan mengenai misteri petrifikasi global. Walau bagaimanapun, sebelum mereka boleh memulakan pelayaran mereka, Senku dan rakan-rakannya perlu mencari beberapa sumber utama dan mendorong beberapa kemajuan saintifik baharu untuk membina jenis kapal yang mereka perlukan.

Sesiapa yang tidak tahu apa itu Dr. Stone, ia merupakan manga yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh penulis, Riichiro Inagaki dan artis Boichi. Sehingga kini, manga itu telah mengeluarkan 26 jilid manga dan mempunyai lebih dari 12 juta salinan yang diedarkan. Kalau anda ingin tahu, siri ini juga mempunyai spin-off bertajuk Dr. Stone Reboot: Byakuya yang turut dihasilkan oleh Inagaki dan Boichi pada 2019.

Animenya juga dimulakan pada bulan Julai 2019 dengan bantuan dari TMS Entertainment. Musim kedua pula telah ditayangkan pada Januari 2021 manakala anime khas Dr. Stone: Ryusui ditayangkan pada Julai yang lalu.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post