Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Download Monster Hunter Rise: Sunbreak di Switch & Steam – cara-cara untuk mulakan DLC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2022
in Artikel
0 0
0
Download Monster Hunter Rise: Sunbreak di Switch & Steam – cara-cara untuk mulakan DLC!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sekian lama menunggu, Capcom akhirnya melancarkan DLC Monster Hunter Rise Sunbreak hari ini yang kini tersedia untuk download! Terdapat banyak kandungan baru untuk dinikmati daripada expansion kali ini di mana mereka menampilkan pelbagai jenis raksasa unik dan watak baru. Bukan itu sahaja, malah lebih banyak kandungan akan ditambah dengan Title Update 1 pada bulan Ogos nanti.

Walau bagaimanapun, sebelum para gamer boleh mengalami kisah Sunbreak, korang perlu menyelesaikan beberapa perkara penting terlebih dahulu. Di sini, saya akan menjelaskan cara-cara untuk memulakan DLC Monster Hunter Rise: Sunbreak.

Apa yang perlu kita buat untuk mulakan Sunbreak?

Pertama sekali, kita perlu melengkapkan jalan cerita utama dalam game dahulu. Secara lebih khusus lagi, anda perlu menyelesaikan 7★ Hub Quest “Serpent Goddess of Thunder” untuk memulakan DLC Sunbreak. Selepas itu, jumpa Rondine the Trader yang sedang melepak di jambatan merah dalam kawasan hub untuk mulakan misi pertama Subreak.

Jika anda masih belum memenuhi keperluan di atas kerana tidak cukup kuat tetapi tidak sabar untuk cuba Sunbreak, Capcom telah memberi solusi. Para pemain boleh memakai set armor Black Belt S dan senjata high-rank Defender yang ditambahkan secara percuma.

Untuk menebus item ini, berikut adalah langkah-langkah:

  • Lawat Senri the Mailman
  • Klik ‘Add-On Content’
  • Pilih ‘Sunbreak Launch Celebration Black S armor set’ untuk mendapatkan item berikut
  • Black Belt Helm S
    • Black Belt Mail S
    • Black Belt Braces S
    • Black Belt Tassets S
    • Black Belt Greaves S
  • Pilih ‘Defender Weapons (14 types)’ untuk mendapatkan kesemua 14 jenis senjata dengan ciri high rank upgrade tree

Semua item di atas akan memudahkan perjalanan korang melalui jalan cerita utama. Untuk mempercepatkan lagi proses, pastikan diri fokus pada Hub Quest terutamanya.

Bagaimana untuk membeli DLC?

Pemain Nintendo Switch boleh membeli DLC melalui Nintendo eShop, yang boleh diakses melalui ikon beg beli-belah pada skrin utama. Pemain PC pula boleh membeli Sunbreak melalui halaman rasminya di Steam. Bagi kedua-dua platform, korang boleh pilih antara versi standard atau edisi Deluxe, serta maklumat tentang isi kandungan bagi kedua-dua versi.


Bagi mereka yang belum membeli tetapi berminat untuk cuba, korang boleh download demo percuma Monster Hunter Rise: Sunbreak di Switch dan Steam yang membolehkan pemain berhadapan dengan beberapa raksasa unik, termasuk quest yang mengharuskan kita membunuh monster flagship dalam expansion iaitu Malzeno.

Untuk segala liputan kami tentang DLC MH Rise: Sunbreak, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Dapatkan 3 game PERCUMA dengan membeli laptop MSI yang dikuasakan oleh AMD Radeon!

Next Post

Awas! FACEBOOK beri AMARAN kepada sesiapa yang cari perkataan “LOLI” !

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Awas! FACEBOOK beri AMARAN kepada sesiapa yang cari perkataan “LOLI” !

Awas! FACEBOOK beri AMARAN kepada sesiapa yang cari perkataan "LOLI" !

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd