Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Download game RPG ‘Ni no Kuni: Cross Worlds’ sekarang di iOS, Android & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Download game RPG ‘Ni no Kuni: Cross Worlds’ sekarang di iOS, Android & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Ni no Kuni: Cross Worlds ialah RPG terbaru daripada Netmarble yang dilancarkan pada iOS, Android dan PC bermula hari ini. Berlatarkan dunia dari francais Ni no Kuni, korang dapat bertemu pelbagai pelakon watak unik semasa meneroka dunia dan menumpaskan kuasa jahat. Jadi jangan tunggu lagi – download Ni no Kuni: Cross Worlds sekarang secara percuma di peranti iOS, Android atau PC!

Pemain dapat memilih daripada lima kelas yang boleh dimainkan semasa memulakan game seperti Swordsman, Witch, Rogue, Engineer dan Destroyer. Mencuba setiap kelas dalam game RPG ini adalah penting untuk menyelesaikan beberapa tugas paling sukar, dan bukan itu sahaja, korang juga dapat customize hero dengan pelbagai pilihan, lantas menjadikan setiap watak buatan pemain benar-benar unik.

Siri Ni no Kuni memang popular dengan “Familiar”, makhluk-makhluk unik yang pemain boleh bawa untuk lawan bersama di mana kita dapat menggunakan tiga Familiar pada masa yang sama, manakala Familiar lain yang terkumpul akan disimpan di ladang/farm kita. Selain itu, pemain dapat mencipta ladang mereka sendiri dan kemudian customise dengan pelbagai aksesori yang boleh diperolehi sepanjang game.

Tidak kisah sama ada di PC atau di mobile, semua orang boleh bermain bersama dan menikmati game sebagai satu kumpulan. Dengan itu, pemain boleh menyertai klan atau “Kingdom” yang membolehkan mereka bekerjasama dengan orang lain untuk membina semula “Nameless Kingdom” yang telah runtuh.

Sesiapa yang telah membuat pra-pendaftaran untuk game ini di Play Store atau App Store akan menerima Explorer Outfit melalui mailbox dalam permainan, manakala pemain yang membuat pra-pendaftaran pada halaman Discord rasmi permainan boleh mendapatkan Catarumpus Hat Catarumpus dan Special Title, yang boleh ditebus melalui kod kupon.

Sekali lagi saya ingatkan, korang boleh download Ni no Kuni: Cross Worlds sekarang di peranti Android, iOS dan PC bermula hari ini! Nantikan review kami untuk game ini dalam masa terdekat.

Download di sini
Ni no Kuni: Cross Worlds
Release Date TBC
Android, iOS
Ni no Kuni: Cross Worlds ialah pengembangan daripada siri Ni no Kuni original, membayangkan semual dunia fantasi yang jelas dan reka bentuk watak popular francais dalam penceritaan serba baru. Dengan grafik gaya anime dan babak animasi berkualiti tinggi yang dipaparkan dalam Unreal Engine 4. Ni no Kuni: Cross Worlds akan membawa pemain dalam pengalaman filem animasi interaktif, di mana fantasi dan realiti wujud bersebelahan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobileNi no Kuni: Cross WorldsPC
Previous Post

Anime Chainsaw Man akan tersedia di Malaysia dan negara Asia lain!

Next Post

[Khabar angin] PS5 Pro mungkin dilancarkan pada tahun 2023/2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Khabar angin] PS5 Pro mungkin dilancarkan pada tahun 2023/2024

[Khabar angin] PS5 Pro mungkin dilancarkan pada tahun 2023/2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd