Selepas menayangkan dua season dengan jayanya, DOTA: Dragon’s Blood kini kembali dengan season 3 dan akan mula ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di Netflix. Bersama dengan pengumuman ini, Netflix telah melancarkan trailer baru bagi siri TV yang berasakan game DOTA 2 dengan tajuk “DOTA: Dragon’s Blood: Book 3”. Jika anda belum tengok, saya sediakan video trailer di bawah.
Studio yang mengendali siri TV ini bukan biasa-biasa ya. Studio tersebut dikenali sebagai Studio Mir. Mereka pernah terlibat dalam mencipta cerita-cerita lain seperti The Legends of Korra, siri animasi Black Dynamite, Young Justice: Outsider dan tidak lupa juga filem animasi terbaru Witcher iaitu The Witcher: Nightmare of the Wolf.
Ashley Miller masih kekal sebagai penulis skrip siri TV ini akan meyakinkan lebih ramai orang untuk menonton dan tidak tertumpu kepada gamer sahaja. Sebelum ini, dia juga pernah terlibat dalam pembuatan filem seperti X-Men: First-class dan juga Thor. Jadi, ianya tidak mustahil untuk mendapatkan lebih ramai penonton bagi DOTA: Dragon’s Blood season 3.

Kepada sesiapa yang tidak mengetahui tentang DOTA: Dragon’s Blood, berikut adalah sinopsisnya:
Seorang Dragon Knight yang berkonflik lagi berani mesti menggunakan kuasa naga untuk menghentikan demon dalam dunia fantasi epik yang berdasarkan game online.
Menurut Netflix

Francais Defence of the Ancients atau lebih dikenali sebagai DOTA mula tiba pada tahun 2003 dan selepas itu mereka mengeluarkan pelbagai game yang berasaskan dunia DOTA seperti DOTA 2, Artifact dan DOTA Underlords.
Buat masa sekarang, masih tidak jelas sama ada season 3 ini adalah yang terakhir ataupun akan disambung dengan season yang seterusnya. Mungkin kita akan melihat dengan lebih banyak pengembaraan yang akan datang kepada peminat francais DOTA di Netflix.

Siri TV ini bukan satunya-satunya adaptasi daripada game di Netflix, terdapat juga beberapa yang lain seperti Castlevania: Nocturne, Far Cry dan Devil May Cry yang masih sedang dibangunkan.
DOTA: Dragon’s Blood season 3 akan mula ditayangkan di Netflix pada 11 Ogos 2022. Mari kita sama-sama nantikan pengembaraan yang akan dilalui oleh mereka dalam season baru kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai DOTA, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post