Siri game Doraemon, Story of Seasons kembali dengan entri terbaru iaitu Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom! Game tersebut akan dilancarkan pada 2 November ini di PS5, Steam dan Nintendo Switch. Ingin tahu apa yang menanti anda dalam entri terbaru ini? Jom kita lihatnya!

Dalam trailer terbaru DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom, ia telah memaparkan keindahan semula jadi di planet Illuma. Ia juga memperkenalkan ciri lain game termasuklah co-op dalam talian dan pelbagai alat rahsia baru untuk menjadikan kehidupan ladang anda lebih mudah dan menyeronokkan berbanding sebelum ini. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Terdapat beberapa bonus khas yang anda boleh dapatkan jika anda pra-tempah game ini tidak kiralah versi fizikal ataupun digital. Berikut adalah bonus khas tersebut:
- Summer Wear Set
- Home Furniture Set
- Sweet Seeds Set*
*Sweet Seeds Set hanya tersedia untuk versi fizikal.

Ada juga edisi lain yang tersedia iaitu Deluxe Edition. Berikut adalah segala kandungan yang anda boleh dapatkan jika membeli Deluxe Edition:
- Game
- Season Pass
- Costume & Furniture Set 1 : Dirancang untuk mempunyai kostum untuk 5 watak, 8 item perabot dan senario mini
- Costume & Furniture Set 2: Dirancang untuk mempunyai kostum untuk 5 watak, 8 item perabot dan senario mini
- Costume & Furniture Set 3: Dirancang untuk mempunyai kostum untuk 5 watak, 8 item perabot dan senario mini
- Premium Crops Seeds Set
- Soundtrack Digital
- Mempunyai lebih daripada 80 trek muzik daripada DORAEMON STORY OF SEASONS dan DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom.
- Deluxe Edition Purchase Bonus: Seasonal Vegetables Seeds Set

Buat masa ini, pra-tempah masih belum dibuka dan tarikhnya akan diumumkan kelak. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini. Jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan terbaru mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

@gamersantaimy
Discussion about this post