Doraemon: Story of Season (Harvest Moon) merupakan sebuah permainan yang akan hadir di platform Nintendo Switch pada Jun ini nampaknya sekali lagi telah melaporkan satu lagi berita hangat iaitu ia akan hadir versi PC juga!
Doraemon: Story of Season (Harvest Moon) menceritakan tentang Nobita dan rakan-rakan terjumpa tanah yang tidak diketahui milik siapa ketika mencari jalan pulang. Jadi di lokasi baru ini Nobita menanam tanaman dan menternak haiwan sehingga mereka dapat mencari jalan pulang. Sepanjang permainan, Nobita bertemu dengan pelbagai watak dari Shizen Town yang akan membantu pemain mencari beberapa Alat Rahsia Doraemon yang hilang.
Jadi kali ini pihak Bandai Namco telah mengumumkan bahawa Doraemon: Story of Season (Harvest Moon) bukan sahaja akan hadir di Nintendo Switch, tapi turut boleh didapati di Steam untuk versi PC pada musim luruh nanti.
Tapi yang sedihnya versi yang dikeluarkan masih lagi bahasa Jepun, tetapi di Steam dikatakan akan hadir bahasa Cina juga. Agak-agak korang bila nak keluar bahasa Inggeris ye? Doraemon kot, mesti menarik kalau nak main kan!
@gamersantaimy
Discussion about this post