Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DOOM 64 – Game klasik yang korang wajib cuba, kini PERCUMA di Epic Games Store

safwan by safwan
August 19, 2022
in Action, Artikel, Battle Royale, Berita, DLC percuma, Epic Store, Game Percuma, PC, Shooter
0 0
0
DOOM 64 – Game klasik yang korang wajib cuba, kini PERCUMA di Epic Games Store
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Epic Games Store kembali dengan memberikan hanya satu game dan DLC secara percuma. Jika kita lihat sebelum ini, mereka sering memberikan banyak game secara percuma dan yang paling banyak pernah diberi adalah empat game dalam satu masa. Untuk minggu ini, Epic Games menyediakan DOOM 64 dan Rumbleverse – Boom Boxer Content Pack.

Mulai hari ini, 19 Ogos hingga 25 Ogos 2022, korang boleh tebus satu game dan DLC tanpa sebarang kos dan akan berada dalam koleksi buat selama-lamanya. Best kan?

DOOM 64

Ia merupakan game action First-person Shooter yang disambung daripada DOOM II. Pada asalnya, DOOM 64 telah dilancarkan pada 1997 di Nintendo 64 dan bersempena dengan ulang tahun francais DOOM yang ke 25, mereka telah melancarkan versi yang lebih baik di PC pada tahun 2020.

Jalan Cerita

Epic Games Doom 64

Tahun telah berlalu sejak anda menghentikan pencerobohan Neraka ke atas Bumi. Di kuarantin untuk keselamatan manusia, kemudahan penyelidikan UAC di Marikh telah ditinggalkan dan dilupakan…sehingga kini.

Isyarat daripada satelit yang “degraded” menunjukkan satu entiti kekal, dan ia mempunyai kuasa untuk menghidupkan syaitan semula. Sebagai satu-satunya tentera laut yang masih hidup semasa memerangi pasukan Neraka, anda dihantar dalam perang salib untuk memburu Ibu Iblis dan menghentikan pencerobohan syaitan.

Menurut Epic Games Store

Ciri-ciri penting

Epic Games Doom 64
  • Visual yang dipertingkatkan
  • Kawalan mouse dan keyboard dipertingkatkan
  • Dapat menyokong controller
  • Dapat menyokong widescreen
  • Dapat menyokong 60 FPS
  • Mempunyai lebih daripada 30 level yang penuh dengan aksi.

Rumbleverse – Boom Boxer Content Pack

Epic Games Doom 64

Rumbleverse adalah game bottle royale baharu yang menggunakan serangan jarak dekat. Ia baru sahaja dilancarkan pada 18 Ogos 2022. Kini, mereka ingin memberikan DLC secara percuma melalui Epic Games Store. Berikut adalah senarai item yang korang akan dapat:

  • Set Boom Boxer yang eksklusif
    • Boxing headset
    • Boxing gloves
    • Boxing tank top
    • Boxing trunks
    • Boxing shoes
  • Background dan Border kad tajuk eksklusif
  • Fame Booster selama 120 Minit
Epic Games Doom 64

Saya ingin mengingatkan sekali lagi, bahawa DOOM 64 dan Rumbleverse – Boom Boxer Content Pack boleh ditebus mulai hari ini sehingga 25 Ogos 2022 di Epic Games Store. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat tebus sekarang di Epic Games Store secara percuma. Untuk lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DOOM 64Rumbleverse - Boom Boxer Content Pack
Previous Post

Clash of Clans & Xiaomi bekerjasama untuk “Ulang Tahun ke-10 Perjumpaan Luar Talian Pemain” di Malaysia

Next Post

Album Khas “Sonic the Hedgehog Tribute” dilepaskan! Dengarkan Versi Green Hill Zone Terbaru!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Album Khas “Sonic the Hedgehog Tribute” dilepaskan! Dengarkan Versi Green Hill Zone Terbaru!

Album Khas "Sonic the Hedgehog Tribute" dilepaskan! Dengarkan Versi Green Hill Zone Terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd