Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Do Retry — Manga Boxing Terbaru Berlaku Semasa Zaman Showa Selepas Perang!

Maira by Maira
May 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Komik, Manga
0 0
0
Do Retry — Manga Boxing Terbaru Berlaku Semasa Zaman Showa Selepas Perang!

Kredit imej: Viz, Shonen Jump

Share on FacebookShare on Twitter

Minggu ini, Manga Plus kembali dengan satu lagi siri manga terbaru yang bertajuk “Do Retry” oleh Jun Kirarazaka. Kalau anda ingin tahu, pelukis manga tersebut pernah menerbitkan manga dalam majalah Jump yang bertajuk Bone Collection. Memandangkan Jump tidak mempunyai siri sukan selain Blue Box, siri baharu ini nampaknya menarik perhatian pembaca dengan temanya yang fokus kepada sukan tinju. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Sumber: Manga Plus

Untuk pengetahuan anda, Do Retry berlaku semasa era Showa di mana perang dunia kedua masih berlaku. Kita telah diperkenalkan dengan protagonis bernama Aozora Okami, seseorang yang sangat mengidolakan bapanya yang merupakan peninju terhebat pada waktu itu. Dengan perang yang sedang berlangsung, bapanya telah sertai tentera. Jadi tinggallah Aozora bersama adik dan ibunya. Selalu ingat kepada kata-kata bapanya, Aozora berusaha dalam membantu keluarganya itu walaupun dia tidak mewarisi kekuatan bapanya itu.

Sumber: Manga Plus

Nampaknya malang sekali lagi menimpa keluarga Aozora apabila tentera AS melancarkan serangan udara di kawasan bandar mereka dan telah mengorbankan ibunya. Setahun selepas kejadian itu, Aozora berusaha untuk menjaga adiknya yang telah sakit sejak daripada kejadian tersebut. Melihat keadaan adiknya yang semakin teruk, dia cuba mencari duit untuk menghantarnya ke Hospital. Setelah menjumpai kimono di runtuhan rumahnya, Aozora telah diserang oleh sekumpulan dewasa samseng yang akhirnya mencuri kimono tersebut.

Sumber: Manga Plus

Dia pulang dengan tangan kosong dan terkejut melihat kawan adiknya yang menjerit nama adiknya. Apa yang disangka sakit biasa, rupa-rupanya penyakit TB (Tuberculosis). Walaupun begitu, Aozora tidak mengalah dan mencari semula samseng tersebut untuk mengambil semula kimono yang dicuri mereka. Agak sengit juga melihat Aozora cuba untuk melawan mereka semua dan akhirnya dia dibantu oleh seorang wanita misteri bernama Yuka. Wanita tersebut kagum dengan serakan tinjunya, lalu membawanya melihat perlawanan tinju. Dia juga memberikan sejumlah wang kepada Aozora untuk rawatan adiknya.

Sumber: Manga Plus

Seperti biasa manga ini berakhir dengan persoalan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya. Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, kenalah baca Do Retry melalui aplikasi atau laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Do RetryManga sukanTinju
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Spider-Man Remastered kini boleh beli berasingan, upgrade versi PS4 ke PS5!

Next Post

Windows 10 akan tamat servis pada Oktober tahun ini, Microsoft gesa semua pakai Windows 11

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Windows 10 akan tamat servis pada Oktober tahun ini, Microsoft gesa semua pakai Windows 11

Windows 10 akan tamat servis pada Oktober tahun ini, Microsoft gesa semua pakai Windows 11

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd