Hari ini, Koei Tecmo dan Team NINJA mengumumkan bahawa DLC ketiga Wo Long: Fallen Dynasty, yang berjudul “Upheaval in Jingxiang“, secara rasminya akan dilancarkan pada 12 Disember 2023.
Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:
DLC baharu ini akan termasuk kandungan berikut:
- Story Chapter Baharu “Upheaval in Jingxiang” – Kisah baharu ini menceritakan tentang tentera Liu Bei ketika mereka melawan balik ancaman Elixir yang melanda Wilayah Jing sejak kematian Yu Ji.
- Kategori senjata baharu – Whip
- General baharu – Guan Ping, Lady M dan ramai lagi
- Divine Beast baru
- Musuh dan demon baru
- Menambah equipment baharu, tahap difficulty yang lebih tinggi dan “system” baharu

Bagi mereka yang tidak tahu, Wo Long ialah game Soulslike baru oleh oleh Koei Tecmo dan Team Ninja, yang membangunkan siri Nioh. Kita tahu bahawa jalan ceritanya berdasarkan kisah Three Kingdom, dan mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD. Tidak sepenuhnya tulen mengikut sejarah, game ini menceritakan semula era itu dalam cara yang lebih gelap dan mengisinya dengan elemen sihir, wira dan entiti jahat yang luar biasa.
Wo Long: Fallen Dynasty kini tersedia di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 3 Mac 2023. Kalau ada melanggan Xbox Game Pass, ia juga tersedia di situ sejak hari pertama pelancaran.
DLC ketiga Wo Long: Fallen Dynasty pula akan dilancarkan pada 12 Disember 2023.
@gamersantaimy
Discussion about this post