Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC “Sonic Holiday Costume” Kini Tersedia Untuk Sonic Superstars!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC “Sonic Holiday Costume” Kini Tersedia Untuk Sonic Superstars!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA Asia mengumumkan bahawa DLC percuma “Holiday Costume” untuk Sonic Superstars boleh dimuat turun sekarang untuk semua pengguna PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam, dan Epic Games Store.

Pada masa yang sama, SEGA turut memuat naik video yang menunjukkan kata-kata pujian daripada media lain mengenai game ini. Berikut adalah video tersebut:

Seperti saya kata tadi, Sonic Holiday Costume kini tersedia sebagai DLC percuma di mana pemain boleh berlari di sekitar Northstar Islands sebagai Sonic yang berpakaian seperti Santa.

Kredit: SEGA Asia

Cara tebus pun mudah sahaja. Tebus DLC ini di halaman platform masing-masing lalu muat turun Sonic Holiday Costume. Kostum ini boleh dipilih semasa skrin pemilihan watak dalam Sonic Superstars. Harap maklum, perubahan penampilan mungkin tidak dapat dilihat di kawasan tertentu dalam game, termasuk beberapa cutscene.

Tentang Sonic Superstars

Kredit: SEGA Asia

Sonic Superstars ialah game aksi berkelajuan tinggi yang menggabungkan rasa klasik 2D side-scrolling daripada siri Sonic dengan grafik 3D yang moden.

Pengembaraan baharu bermula untuk Sonic dan rakannya, Tails, Amy, dan Knuckles, di Northstar Islands yang misteri yang dihuni oleh makhluk raksasa. Bersama Emerald Powers baru, hentikan pelan Dr. Eggman dan Fang, yang ingin menggunakan makhluk ini untuk rancangan licik mereka.

Kredit: SEGA Asia

Ini adalah game pertama dalam siri ini yang menampilkan “local multiplayer”. Nikmati pengembaraan dengan sehingga empat pemain dalam story mode. Battle mode boleh dimainkan secara online atau offline. Apabila online, anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertempuran dengan sehingga lapan pemain dari seluruh dunia!


Sekali lagi saya ingatkan, Sonic Superstars sudah dilancarkan hari ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Epic Games Store dan Steam.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCSonic Superstars
ShareTweetSend
Previous Post

Super Mario RPG Review — Kelihatan Sama Tetapi Hadir Dengan Penambahan Moden!

Next Post

Aplikasi ONE Store Beta Kini Tersedia! Dapatkan Barisan Aplikasi & Ganjaran Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Aplikasi ONE Store Beta Kini Tersedia! Dapatkan Barisan Aplikasi & Ganjaran Hebat!

Aplikasi ONE Store Beta Kini Tersedia! Dapatkan Barisan Aplikasi & Ganjaran Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd