Penambahan watak untuk Dragon Ball Xenoverse 2 terbitan Bandai Namco memang tidak pernah kenal erti berhenti! Baru-baru ini, Super Saiyan God Vegeta diumumkan akan membuat kemunculan pada bulan depan. Selain itu, Broly dan Gogeta juga telah membuat kemunculan di judul ini, tetapi sekarang kami tahu siapa yang akan menyertai barisan watak yang kian menambah berserta Super Saiyan God Vegeta pada Jun ini. Di isu terbaru Weekly Jump, baru sahaja didedahkan bahawa Dragon Ball Super Ribrianne ditambah menjadi playable character pada bulan depan.
https://twitter.com/DBSChronicles/status/1128932652193525760
Berterima kasih kepada Ryokutya2089, kami kini tahu Ribrianne akan menyertai Dragon Ball Xenoverse 2 apabila Ultra DLC Pack 1 tiba bulan depan. Dengan kombinasi Super dan serangan Ultimate yang kuat dalam genggaman, pasti Ribrianne akan menjadi seorang fighter yang bahaya di dalam game.
Ini adalah huraian pendek tentang Ribrianne di Dragon Ball Xenoverse 2:
Super Attacks
- Formation! –Meningkatkan kuasa Super Attack dan efek penyembuhan dengan membuat pose.
- Pretty Cannon –Menembak ki-blast berbentuk hati yang juga meningkatkan serangan ultimate Ribrianne Eternal Love untuk setiap satu serangan yang kena.
- Pretty Charge –Membuat satu pose yang unik untuk membina Ki.
- Lovely Cyclone –Menarik pihak lawan dengan putaran laju. Input tambahan membuat musuh terkena serangan lebihan.
- Ribrianne Eternal Love – Ki-blast berbentuk hati.
- Ribrianne Lovely Show Time –Membuat tujuh pose, lalu mengeluarkan efek menguatkan diri yang memulihkan KI dan STM.
Dragonball Xenoverse 2 boleh didapati di Nintendo Switch, PC, Playstation 4, dan Xbox One.
Sumber – Comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post