Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC pertama Tiny Tina’s Wonderlands akan tersedia 22 April ini!

Maira by Maira
April 20, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC pertama Tiny Tina’s Wonderlands akan tersedia 22 April ini!
Share on FacebookShare on Twitter

2K dan Gearbox Software telah mendedahkan Coiled Captors, salah satu DLC sebagai kandungan post-launch untuk Season Pass Tiny Tina’s Wonderlands. Kandungan baru ini akan tersedia pada 22 April 2022. Tidak kisahlah jika anda baru bermula main Wonderlands atau sudah berada di penghujung game, kuatkan diri anda untuk mengembara melalui Mirror of Mystery. Berikut adalah trailer untuk DLC terbaru Tiny Tina’s Wonderlands.

Coiled Captors bermula di Dreamveil Overlook, tempat tukang tilik, Vesper menanti. Berabad-abad yang lalu, naga Coiled mendapat tangkapan terbesar: dewa lama. Mereka memerangkap makhluk itu di dalam badan bergigi tajam dan berkulit keras dari seekor kumbang laut yang kuat, mengurungnya jauh di dalam gunung berais. Hanya anda yang mempunyai kuasa untuk membebaskannya daripada penjara —tetapi berbuat demikian bermakna mengharungi kawasan terbiar musim sejuk, runtuhan gersang dan gua yang penuh dibanjiri dengan musuh. Coiled Captors termasuk:

Tiny Tina's Wonderlands DLC
  • Boss baru “Chums” Old God, dengan empat bentuk berkuasa yang dibuka dari semasa ke semasa. Kisah Vesper direka untuk dimainkan semula supaya anda boleh menguji keberanian anda terhadap kesukaran yang semakin meningkat ini;
  • Loot baru untuk dikumpul, termasuk senjata, peralatan dan barangan kosmetik. Setiap kali anda mengalahkan bentuk bos yang semakin menakutkan, anda akan memperoleh Lost Soul yang membolehkan anda memutarkan Wheel of Fate milik Vesper. Alat yang menyeramkan ini boleh memberikan ganjaran kepada anda dengan senjata Legenda, peralatan dan barangan lain;
  • Kandungan Chaos Chamber baru. Coiled Captors juga akan dilengkapi dengan menambahkan level dan bos masing-masing kepada kumpulan dalam Chaos Chamber, endgame yang boleh dimainkan semula tanpa henti untuk Tiny Tina’s Wonderlands. Ini akan mengembangkan pelbagai kombinasi untuk dungeon bawah tanah rawak anda, menjadikan setiap main tidak dapat diramalkan.
Tiny Tina's Wonderlands DLC

DLC ini tersedia untuk pembelian individu atau sebahagian daripada edisi Chaotic Great, pas musim yang merangkumi kesemua empat kandungan baru selepas pelancaran, yang juga menampilkan bos menggerunkan, kawasan yang tidak dikenali, kelas ketujuh yang mengembangkan sistem Multiclass dengan lebih jauh, dan set komestik dalam pek Butt Stallion.

Game Tiny Tina’s Wonderlands dilancarkan pada 25 Mac yang lalu pada pelbagai platform seperti Xbox Series X|S, Xbox One, PS5, PS4 dan PC melalui Epic Games Store secara eksklusif semasa pelancaran dan platform PC lain pada masa akan datang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh lawati laman web rasmi atau ikuti media sosial game di Twitter, Instagram dan Facebook.

Anda juga boleh membaca review kami terhadap game Tiny Tina’s Wonderlands melalui pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Coiled CaptorsTiny Tina's Wonderlands
Previous Post

[Interview] World of Warcraft: Dragonflight – Kembali ke Azeroth bersama Patrick Dawson and Laura Sardinha

Next Post

Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam

Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd