Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Far Cry 6: Lost Between Worlds kini tersedia, dapatkan sekarang!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 7, 2022
in Adventure, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Game, Konsol, PC, PS4, PS5, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Far Cry 6: Lost Between Worlds kini tersedia, dapatkan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft telah mengumumkan bahawa Lost Between Worlds, DLC Far Cry 6 baru, kini tersedia untuk dibel., Expansion ini juga adalah sebagai sebahagian daripada Upgrade Pass di Xbox Series X|S, Xbox One, PS4, PS5 dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Dibangunkan oleh Ubisoft Toronto, Lost Between Worlds ialah babak baharu yang mendebarkan dalam kisah Dani Rojas, berlatarkan versi Yara yang berbeza. Pemain akan menyelami ke dunia yang penuh aksi dengan musuh kristal yang boleh membawa maut, pelbagai jenis cabaran permainan unik dengan halangan ghaib yang membingungkan, dan pelbagai laluan pemain. Minda anda akan diuji untuk membuktikan kemahiran dan mengatasi jalan maut atau hilang selama-lamanya.

Berikutan penerokaan mereka terhadap tapak hentaman meteorit yang misteri, Dani mendapati dirinya berada dalam ruang berpintal antara dunia diiringi oleh noncorporeal lifeform bernama Fai. Pemain perlu membaiki kapal angkasa Fai yang rosak dengan mengumpul lima serpihan yang hilang, setiap satu meningkatkan statistik keseluruhan Dani untuk menyelamatkan dirinya.

Untuk mencari serpihan yang hilang, pemain perlu bergantung pada kemahiran gerila untuk mengharungi 15 ujian yang mencabar dan sengit iaitu Rifts, di mana anda mesti mengalahkan musuh Shardfaces, humanoid dan haiwan yang berada di semua tempat. Setiap Rift mempunyai tempat berbeza, seperti kubu yang hancur digantung di langit dan Esperanza bawah air yang penuh dengan perangkap maut, pemain akan menghadapi halangan yang bahaya dan berbeza.

Anda boleh memilih cara tersendiri untuk menghampiri setiap Rift dan akan menemui senjata serta alatan berkuasa di sepanjang jalan. Dengan mengumpul serpihan tenaga yang bertaburan di seluruh kawasan, ia membolehkan anda menghidupkan dan mencuba semula Rift, jika perlu.

Dengan pelbagai laluan bercabang, penerokaan platform dan aksi yang sengit, pemain akan mendapat pengalaman unik dengan setiap penerokaan sambil mereka menguasai dunia yang pelik ini. Setelah menyeesaikan misi, anda akan menerima peralatan dan senjata yang kuat daripada Fai dan membawanya kembali ke Yara untuk mempunyai kelebihan menenting rejim.

Tambahan pula, pemain baru kini mempunyai akses kepada free trial Far Cry 6, tersedia di Xbox Series X|S, Xbox One, PS5, PS4, dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store. Pemain boleh menerokai wilayah Isla Santuario dan memulakan pengembaraan penuh aksi mereka sebagai Dani Rojas.

Daripada bergabung tenaga dengan kumpulan penentang Libertad yang diketuai oleh Clara Garcia, hingga membantu mereka melepasi sekatan tentera untuk sampai ke pangkalan utama mereka, Dani akan mendapat kepercayaan mereka. Jika anda ingin meneruskan perjuangan menentang rejim, anda boleh membeli game ini dengan diskaun sehingga 67% dan mengekalkan progress. Untuk maklumat lanjut, anda boleh tekan pautan di sini.

Sekali lagi saya ingatkan, DLC Far Cry 6: Lost Between Worlds kini tersedia dan juga merupakan sebagai Upgrade Pass untuk Xbox Series X|S, Xbox One, PS5, PS4 dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Untuk pelbagai lagi liputan menarik tentang game, anime dan sebagainya, boleh ikuti Gamer Santai.

Pre-order di sini
FAR CRY 6
Release Date: 2021-05-25
Announce Date: 2020-07-12
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Far Cry 6 adalah permainan penembak orang pertama yang akan datang yang dikembangkan oleh Ubisoft Toronto dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ini adalah ansuran utama keenam siri Far Cry, dan dijangka akan dikeluarkan pada 18 Februari 2021 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan Google Stadia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCFar Cry 6Far Cry 6: Lost Between Worldsubisoft
Previous Post

Interview Diablo 4 bersama Rod Fergusson & Joe Shely – Mencipta pengalaman Diablo paling definitif!

Next Post

[UPDATE] Elden Ring ‘Colosseum Update’ akan tiba 7 Disember, tersedia sekarang!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
[UPDATE] Elden Ring ‘Colosseum Update’ akan tiba 7 Disember, tersedia sekarang!

[UPDATE] Elden Ring 'Colosseum Update' akan tiba 7 Disember, tersedia sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd