Setelah spekulasi dan khabar angin selamat berbulan-bulan, tarikh pelancaran Disney+ di Malaysia akhirnya diumumkan! Semasa acara “Walt Disney Company Media Day“, syarikat itu telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Disney+, akan datang dalam bentuk Disney+ Hotstar di pasaran negara kami, dan secara rasmi akan bermula pada 1 Jun.

Dari segi harga, Disney+ Hotstar berharga RM 54.90 melalui pelan langganan 3 bulan (perkhidmatan ini mungkin berharga sekitar RM 18.30 kalau sebulan). Pengguna Malaysia juga boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut melalui pakej khas dari Astro tetapi maklumat lanjut tentang pakej ini belum didedahkan pada masa ini. Yang pasti, pakej ini telah dinyatakan di laman web rasmi Disney+ Hotstar Malaysia yang menjamin bahawa pelanggan Astro Movie Pack akan mendapat akses ke perkhidmatan tersebut.
Bagi mereka yang tidak tahu, ia bertumpu kepada kandungan filem dan televisyen dari Walt Disney Studios dan Walt Disney Television. Filem dan siri televisyen asal berdasarkan harta intelek baru dan sedia ada juga dirancang termasuk kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm, National Geographic dan 20th Century Fox. Antara rancangan yang kita boleh tonton sekarang termasuk siri The Mandalorian (Star Wars), siri WandaVision, The Falcon and the Winter Soldier (Marvel), filem-filem Marvel Cinematic Universe, filem Disney (Frozen 2, Aladdin) dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, Disney+ Malaysia juga mengandungi sejumlah kandungan filem, rancangan, dan animasi buatan negara kita seperti J2: J Retribusi, Ejen Ali The Movie, KL Special Force, Zombitopia, dan lain-lain. Harap maklum bahawa pelanggan dapat menonton di seluruh peranti telefon yang serasi, desktop atau di TV bersambung terpilih. Senarai peranti yang serasi kita akan kemas kini pada kemudian hari.
Akhirnya, kita tidak perlu menggunakan lagi VPN, atau apa-apa cara lain yang melecehkan. Pengalaman sangat mudah sekarang di mana kita hanya perlu muat turun aplikasi atau buka laman web dan tonton sahaja.
Sumber – Disney+ Hotstar Malaysia
@gamersantaimy
Discussion about this post