Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disgaea 7 Akan Lancar Pada Januari 2023 di PS dan Switch, Menampilkan Pelbagai Mekanik Baru!

Maira by Maira
August 29, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, Nintendo Switch, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Disgaea 7 Akan Lancar Pada Januari 2023 di PS dan Switch, Menampilkan Pelbagai Mekanik Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais JRPG popular, Disgaea kembali dengan entri terbarunya iaitu Disgaea 7. Diumumkan secara rasmi oleh Nippn Ichi Software, siri ini sedang aktif dalam pembangunan. Buat sementara ini, tiada lagi versi Inggeris yang diumumkan. Jadi kemungkinan besar Disgaea 7 akan tersedia di Jepun dahulu pada 26 Januari 2023. Ia akan dapat dimainkan pada platform PS5, PS4 dan Nintendo Switch.

Untuk pengetahuan anda, Disgaea merupakan game RPG yang berlaku di Netherworld, di mana dewa, pari-pari, hero dan orang jahat berkeliaran. Sejak ia pertama kali di perkenalkan pada tahun 2003, ia telah menempah nama dalam komuntiti pemain RPG malah menjadi salah satu francais terkenal untuk Nippon Ichi Software.

Dalam Disgaea 7, ceritanya akan berlaku di sebuah dunia yang dipanggil “Hinomoto Netherworld Cluster,” yang diilhamkan daripada budaya Jepun. Hero kita seorang samurai, Fuji dan seorang otaku perempuan, Piririka telah berjuang dalam dunia tersebut untuk mendapatkan semula Hinomoto daripada penceroboh dan menumbangkan kerajaan Ooedo Shongunate.

Bukan setakat itu sahaja, banyak sistem game teleh diperbaharui malah ciri replayability juga kembali bersama ciri-ciri baru yang lain. Antaranya ialah sistem “Dodeka MAX”, di mana pemain dan musuh boleh menjadi gergasi dan mulakan kekecohan pada peta ataupun membuka peti harta gergasi.

Selain itu, ada juga mekanik “reincarnation” yang membolehkan pemain menukar senjata mereka kepada varian yang lebih kuat. Mekanik ini juga terpakai untuk pemain, di mana askar boleh “dilahirkan semula” dengan class terbaru untuk mempelajari skill baru.Dengan sistem baru ini, lebih banyak build watak yang boleh dibina.

Terdapat juga Auto Battle dan Ranked Player battle yang akan tersedia dalam Disgaea 7. Mekanik ini membantu pemain grind level watak mereka dan selesaikan stage. Ranked Player pula merupakan mod PvP di mana pemain akan berlawan AI yang menggunakan tenterta pemain lain. Tahap kesusahan AI juga boleh diubah dalam mod ini.

Banyak juga benda yang ditambah dalam Disgaea 7 ini. Anda boleh melawat laman web rasmi untuk mendapatkan kemas kini terbaru mengenai game tersebut. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, filem dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Disgaea 7Nippon Ichi SoftwareNIS
Previous Post

[Unboxing] Koleksi ROG Slash 2022 – Estetika gamer berfesyen

Next Post

Netflix batalkan siri live-action Resident Evil, tidak capai sasaran katanya

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Netflix batalkan siri live-action Resident Evil, tidak capai sasaran katanya

Netflix batalkan siri live-action Resident Evil, tidak capai sasaran katanya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd