Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disc Drive Optional PS5 Perlukan Internet Untuk Disambungkan [Khabar Angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Disc Drive Optional PS5 Perlukan Internet Untuk Disambungkan [Khabar Angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut khabar angin daripada internet, disc drive optional, yang boleh dipasang tanggal, untuk PlayStation 5 (PS5) nampaknya memerlukan Internet untuk memasangkannya kepada konsol buat kali pertama.

Kredit: SIE

Seperti yang dilihat di belakang kotak untuk “Bundle PS5 – Call of Duty: Modern Warfare 3” akan datang, sebuah cetakan kecil mengesahkan bahawa pemain yang membeli model baharu dengan disc drive optional dikehendaki menyambung aksesori itu ke internet apabila memasangkannya dengan konsol untuk kali pertama.

Additional images of the Modern Warfare III PS5 Slim Bundle

Back says “150GB minimum.” Also says 90GB+ download required to play.

Bundle is available November 10th

(ty @_tlyer) pic.twitter.com/zAhx0lZWdu

— CharlieIntel (@charlieINTEL) October 24, 2023

Hey @dark1x I know you don’t like it when games don’t come on a Disc, but how do you feel about the PS5 disc drive not being able to work without an internet first? pic.twitter.com/5vrkJZmyxW

— Holeshot BMX (@HoleshotBMX) October 25, 2023

Dibincangkan secara meluas, pakar IT menjelaskan ini merupakan langkah keselamatan untuk memastikan disc drive adalah sah dan bukan peranti third party.

Hal ini nampaknya berpunca daripada cara Sony dan Microsoft memasang pemacu disc drive dengan motherboard. Dijelaskan oleh Wired, setiap disc drive mempunyai daughterboard yang berpasangan dengan motherboard di dalam konsol, lalu mencipta pasangan/kombinasi yang unik untuk dua perkakasan tersebut.

Dalam artikel yang sama, Wired membuang disc drive daripada dua konsol PS5 lalu menukarnya, tetapi konsol itu enggan mengenali disc drive lain walaupun ia adalah perkakasan yang sama.

Oleh itu, untuk mengelakkan hal cetak rompak (dan mungkin juga kerja pembaikan oleh third-party), Sony dan Microsoft menggunakan kaedah “berpasangan” untuk memastikan setiap konsol hanya boleh berfungsi dengan disc drive khusus yang diberikan kepadanya. Ini bermakna pengguna tidak boleh mengubah suai atau menggantikan aksesori tersebut.

Jadi, internet menjadi kewajiban untuk untuk disc drive optional (yang boleh dipasang tanggal) dan merupakan langkah keselamatan yang direka untuk mengesahkan aksesori tersebut.

Walau bagaimanapun, ia telah menimbulkan beberapa kebimbangan. Oleh kerana aksesori itu memerlukan sambungan internet untuk pengesahan, adakah kita perlu menyambung pada internet buat selama-lamanya jika memakai disc drive luaran? Apa akan jadi jika situasi memerlukan kita bermain PS5 di kawasan tanpa internet?

Perkara ini masih belum diberi jawapan.


Dapatkan segala berita kami tentang PS5 di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Disc Driveps5Teknologi
ShareTweetSend
Previous Post

Animasi Pendek “Detective Pikachu & the Mystery of the Missing Flan” Kini Tersedia di Youtube!

Next Post

“That Time I Got Reincarnated as a Slime: Visions of Coleus” Bakal Tayang di Muse Asia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“That Time I Got Reincarnated as a Slime: Visions of Coleus” Bakal Tayang di Muse Asia!

"That Time I Got Reincarnated as a Slime: Visions of Coleus" Bakal Tayang di Muse Asia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd