Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Dilayan seperti pengganas” – PewDiePie dedah pengalaman penerbangan terburuk di Malaysia!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 16, 2022
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
“Dilayan seperti pengganas” – PewDiePie dedah pengalaman penerbangan terburuk di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Youtuber terkenal, Felix Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie merupakan antara orang yang berpengaruh di dunia. Dengan menjadi orang kelima terbanyak mempunyai subscriber di Youtube, tidak bermakna dia akan terlepas daripada menghadapi pelbagai masalah. Baru-baru ini, dia telah muncul di dalam video Youtube yang disiarkan oleh Ken Morrison, atau lebih dikenali sebagai CinnamonToastKen. Video tersebut bertajuk “Angry Airline Passengers” dan di dalam video tersebut, PewDiePie telah menceritakan pengalamannya ketika menggunakan perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

Dalam video tersebut, mereka sedang membuat reaksi terhadap satu lagi video Youtube yang bertajuk “Airline Passenger Freakouts | PART 3|“, yang memaparkan kompilasi video berkaitan dengan orang yang menunjukkan kekecewaan atau kemaharan semasa berada di lapangan terbang yang berbeza.

Sepanjang video tersebut, Ken dan Pewd membuat beberapa jenaka dan menambah pandangan tentang klip itu dan membincangkan pengalaman peribadi mereka sendiri dalam penerbangan antarabangsa.

Malangnya untuk peminat Malaysia, PewDiePie mendedahkan bahawa pengalaman penerbangan terburuknya berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari Malaysia. Tanpa memberikan butiran terperinci tentang tarikh kejadian dan syarikat penerbangannya, Kjellberg menceritakan pengalamannya.

“Kami berada dalam pesawat, dua jam telah berlalu dan kami macam “Mengapa kapal masih belum berlepas? Apa yang sedang berlaku?” Kemudian tiba-tiba mereka membawa kami keluar dan berkata “Maaf, tiada penerbangan lagi hari ini” dan kejadian berlaku pada pukul 2.00 pagi.

Gambar sekadar hiasan
Sumber: Gempak

Selepas turun dari pesawat, Kjellberg berkata bahawa dia bersama rakannya terus pergi ke dua hotel berbeza, malangnya kedua-dua hotel telah ditempah sepenuhnya. Hal ini membuatkan mereka membuat keputusan untuk tidur di lobi hotel.

Selepas itu, dia sambung dengan menceritakan bagaimana seorang lelaki Malaysia, yang kebetulan duduk di sebelahnya sesama di lobi, membuang angin berulang kali. Mereka ketawa di dalam video tersebut, lalu Pewd menyambung. Dia menyatakan bahawa dia dilayan seperti pengganas di dalam pesawat tersebut.

“Dalam pesawat itu juga, mereka melayan saya seperti pengganas kerana saya membawa bateri mudah alih yang besar. Dia macam, “Apa itu?!”,” kata Kjellberg dengan merujuk kepada seseorang di dalam pesawat.

Selepas itu, mereka teruskan dengan reaksi video kompilasi tersebut. Tiada perbincangan lanjut tentang insiden yang diceritakan oleh Youtuber terkenal itu. Anda boleh tonton video tersebut di bawah bermula pada minit 7:45:

Seronok dengar orang menceritakan pengalaman mereka semasa berada di lapangan terbang atau dalam pesawat. Bermacam-macam perkara kita boleh ambil iktibar dan belajar. Bagaimana pula dengan anda, apa pengalaman buruk anda tidak kira di lapangan terbang atau pesawat, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

Untuk mendapat liputan lain mengenai anime, game dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CinnamonToastKenPewDiePie
Previous Post

Tiket Fan Screening Acara SAO Full Dive Kini Tersedia di GSC Cinemas!

Next Post

Interview 4Divinity & Epicsoft Asia – Meluaskan jangkauan gaming Asia, memudahkan studio Indie!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Interview 4Divinity & Epicsoft Asia – Meluaskan jangkauan gaming Asia, memudahkan studio Indie!

Interview 4Divinity & Epicsoft Asia - Meluaskan jangkauan gaming Asia, memudahkan studio Indie!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd