Pernahkah anda menonton siri Digimon dan berharap untuk dapatkan rakan Digimon sendiri? Dapat Digivice pon jadilah? Walaupun mendapat rakan Digimon itu memang mustahil, peminat kini boleh memiliki Digivice istimewa mereka sendiri dan menjadi salah satu daripada Digi-Destined!
https://www.facebook.com/gamersantai/videos/1062544777427874/
Sempena pelancaran 21 Februari untuk Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna, Bandai Premium mengeluarkan Digivice khas untuk siri CSA (Complete Selection Animation). Berwarna emas dan dihiasi dengan retakan unik, Digivice baru ini sangat berbeza daripada produk Bandai sebelum ini.
Digivice ini telah membuat kemunculan dalam filem terbaru Digimon, dan masih banyak rahsia yang ia pegang! Setiap butang di Digivice ini akan bernyala dan memainkan interaksi berbeza antara Taichi/Agumon, dan Yamato/Gabumon.
Selain itu, salinan OST untuk Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna juga dikeluarkan dan boleh dibeli pada laman web rasmi. Antara lagu yang boleh diperolehi adalah:
- Koji Wada “Butter-Fly”
- Ayumi Mikazaki “brave heart – Last Evolution version”
- AiM “even if you are away”
Pada masa yang sama, Bandai juga memberi plushie Agumon secara percuma kepada peminat yang datang membeli belah di Game Center tertentu mereka. Plushie ini datang dengan dua versi: original dan memakai gogal di leher serta berukuran saiz 22cm. Berikut adalah gambar:
Buat masa ini, masih banyak yang tidak diumumkan. Maklumat mengenai produk di atas akan didedahkan lagi dalam program “Digi Navi” pada 24 Januari. Mohon sabar menunggu! Setiap info yang kami dapat akan terus saya laporkan nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post