Setelah lama terperangkap di konsol PS4 dan PS Vita, akhirnya game Digimon World: Next Order akan tersedia di pelbagai platform seperti Switch dan PC melalui Steam! Ia akan dilancarkan pada 22 Februari 2023 secara global di platform tersebut. Untuk pengetahuan anda, game Digimon ini dibawakan oleh pembangun Digimon Survive, HYDE.
Tentang Digimon World: Next Order
Digital World telah berleluasa dengan Machinedramon dan kini berada dalam keadaan huru-hara. Sebagai seorang Digidestined, terpulang kepada anda untuk memulihkan keadaan dunia dalam Digimon World: Next Order, sebuah RPG mengumpul raksasa. Cari dan rekrut sebanyak mungkin Digimon untuk membina semula Digital World. Adakah anda akan dapat mengimbangi kedua-dua latihan dan penerokaan untuk menghentikan Digimon yang dijangkiti virus daripada menyebabkan kemusnahan?
Ciri penting game
- Keseronokan yang tidak pengakhiran — Pilih untuk bermain sebagai watak lelaki atau perempuan dan mulakan pengembaraan dengan lebih 200 Digimon untuk dikumpul! Terokai dunia dengan DUA rakan Digimon untuk pertama kali. Selalunya boleh bawa satu sahaja.
- Menjaga Digimon — Bentuk ikatan yang kuat dengan Digimon anda dengan menjaga mereka: Memberi makan, melatih, mendisiplinkan dan Digivolve mereka. Lebih kuat ikatan antara anda dan Digimon anda, serta antara dua rakan Digimon, lebih besar peluang untuk menang dalam pertempuran!
- Bina bandar maju — Kembangkan serta uruskan bandar anda, Floatia. Rekrut Digimon terbaru, naik taraf bangunan, tanam tanaman dan banyak lagi sambil anda membangunkan Digi- metropolis anda.
- Sistem AI Battle yang baru — Latih rakan Digimon anda untuk bertarung secara co-op dalam AI Battle. Keluarkan command dan sorakan mereka untuk kemenangan!
Bonus khas pra-tempah
Kalau anda pra-tempah game ini, terdapat banyak bonus yang anda boleh dapatkan untuk pengembaraan kali ini. Berikut adalah bonus yang boleh dituntut:
- Omegamon Ult. Digivolution Item: Summaesquetrine
- Imperialdramon PM Ult. Digivolution Item: Sacrimperine
- Parameter Boost Set:
- HP Chip Mini x2
- MP Chip Mini x2
- Strength Chip Mini x2
- Stamina Chip Mini x2
- Speed Chip Mini x2
- Wisdom Chip Mini x2

Anda boleh nantikan kemas kini terbaru pada masa akan datang tentang game ini akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Digimon daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post