Walaupun diumumkan sejak tahun 2018, Digimon Survive telah banyak kali ditunda dan terpaksa melalui tempoh masa yang lama tanpa sebarang maklumat baharu. Malangnya, berita terkini juga tidak positif kerana Digimon Survive telah bertukar developer atas beberapa masalah dalaman. Game ini asalnya dibangunkan oleh Witchcraft, tetapi kini dibangunkan oleh HYDE.

Seperti yang dilaporkan oleh Gematsu, produser Kazumasa Habu bercakap tentang isu Digimon Survive semasa acara Digimon Con 2022. Dia berkata,
“Sebagai respon, kami telah menerima beberapa soalan mengenai status pembangunan Digimon Survive. Kami amat kesal kerana membuat anda menunggu walaupun anda menantikannya. Kami memohon maaf sekali lagi kerana tidak memberikan sebarang maklumat baharu dan/atau membuat anda menunggu. Kami memohon maaf atas kelewatan ini.”

Habu kemudian sambung menjelaskan mengapa Survive tidak memberi sebarang maklumat baru untuk tempoh masa yang lama:
“Seperti yang telah dimaklumkan kepada anda, kami menangguhkan pengeluaran kerana perubahan dalam pasukan pembangunan, dan kini sedang membangunkan permainan dengan pasukan pembangunan baru. Pertukaran pasukan telah menyebabkan banyak kerja semula pada permainan, yang membawa kepada kelewatan ini. Ini telah menyebabkan banyak ketidakpastian yang menghalang kami daripada memberikan kemas kini biasa. Walau bagaimanapun, berkat usaha pasukan pembangunan baharu, kami kini dapat kembali ke landasan yang betul, dan semakin hampir dengan penyiapan permainan.”
Akhir sekali, Habu mengesahkan bahawa pasukan masih tidak pasti tentang tarikh keluaran Digimon Survive kerana pasukan developer masih menyesuaikan diri secara dalaman, “Bagi maklumat tarikh keluaran, ia dijangka mengambil masa lebih lama kerana kami masih menyesuaikan diri secara dalaman. Sekali lagi, kami memohon maaf atas kelewatan. Tetapi kami akan menghargainya jika anda boleh menunggu sedikit lagi.”
Daripada komen Habu, nampaknya kita boleh menjangkakan lebih banyak berita tentang Digimon Survive pada penghujung tahun 2022.
@gamersantaimy
Discussion about this post