Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan kandungan bonus untuk Digimon Survive menjelang pelancarannya pada 28 Julai ini untuk PS4, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S dan 29 Julai di Steam.
Bagi mereka yang menempah versi fizikal, mereka akan menerima Release Commemorative Promotion Pack Digimon Survive, yang mengandungi tiga kad promo daripada TCG Digimon. Untuk pemain yang pra-tempah game atau membeli game tersebut pada hari pelancaran, anda boleh mendapatkan bonus Digimon, Guilmon serta item sokongan HP.

Commemorative Promotion Pack
Commemorative Promotion Pack hadir sebagai bonus eksklusif fizikal untuk pemain. Tiga kad promo menampilkan watak utama Digimon – Agumon, Falcomon dan Labramon – serta Tamer mereka yang akan ditunjukkan dalam game.
Guilmon sebagai DLC bonus pembelian awal Digimon Survive!
Pemain akan dapat memperoleh DLC digimon terhad, Guilmon sebagai bonus pembelian awal game. Guilmon boleh berubah menjadi Gallantmon melalui training dan akan menjadi ally yang boleh dipercayai semasa pertempuran.

Tentang Digimon Survive
Ia merupakan sebuah game teks pengembaraam dan game pertempuran taktikal, yang menampilkan pengembaraan dramatik protagonis remaja dan digimon mereka serta pertempuran taktikal di mana digimon dikawal untuk menentang musuh. Berikut adalah sinopsis ringkas penceritaan Digimon Survive.

Tersesat dalam perjalanan perkhemahan sekolah, sekumpulan remaja dibawa ke dimensi alternatif, dan kini menghadapi dunia berbeza di mana terdapat banyak makhluk misteri dan raksasa. Mereka terpaksa bertarung untuk bertahan dalam bahaya yang dahsyat, sambil berkawan dengan beberapa raksasa yang mereka jumpai.

Setiap pilihan yang anda lakukan semasa bermain akan memberikan impak kepada digimon kawan dan pengakhiran cerita game. Pertempuran taktikal dengan digimon dalam bentuk 2D seperti game SRPG klasik serta menggunakan grafik yang dipertingkatkan untuk memberikan gambaran misteri dan drama dunia tersebut. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

@gamersantaimy
Discussion about this post