Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Masters: Evolution – Kawal geng klasik Digi Adventure dalam MMORPG baru ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, MMORPG, PC
0 0
0
Digimon Masters: Evolution – Kawal geng klasik Digi Adventure dalam MMORPG baru ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara diam-diam, trailer pertama untuk Digimon Masters: Evolution, game MMORPG terbaru berdasarkan francais Digimon, telah dikeluarkan. Tidak banyak yang diketahui tentang game misteri ini, tetapi saya mengumpul beberapa maklumat penting untuk dikongsi.

https://www.youtube.com/watch?v=GfY0PGkyZIo&ab_channel=moveinteractive%3A%EB%AC%B4%EB%B8%8C%EC%9D%B8%ED%84%B0%EB%A0%89%ED%8B%B0%EB%B8%8C

Secara am, Digimon Masters: Evolution merupakan “remaster” kepada Digimon Masters pertama yang dikeluarkan pada tahun 2009 dan adalah massive multiplayer online role-playing game (MMORPG) bertemakan watak-watak Digimon Adventure original.

Dibuat oleh Move Interactive (syarikat Korea Selatan), game ini sepatutnya dikeluarkan tahun ini tetapi malangnya ditunda ke 2024 (tarikh tidak ditetapkan). Evolution dibuat khas untuk PC sahaja buat masa ini dan menggunakan modal free-to-play.

Gameplay

Kredit: Move Interactive

Seperti saya kata tadi, tidak banyak info didedahkan tetapi saya akan cuba menjelaskan sebaik mungkin.

Pertama sekali, kita dapat mengawal salah satu daripada watak manusia dan rakan Digimon mereka daripada anime Digimon Adventures 01. Dalam trailer, mereka memakai Taichi dan Agumon; Mimi dan Palmon tetapi saya pasti lebih ramai akan ditambah kemudian.

Rakan Digimon akan digunakan dalam pertempuran untuk menyelesaikan misi penting yang diberikan oleh NPC. Sepanjang permainan, mereka akan Digivolve kepada bentuk yang lebih kuat (sesetengah memerlukan item khas) dan mempelajari kemahiran baharu.

Kredit: Move Interactive

Untuk sistem pertempuran, pertarungan berlaku secara real-time. Digimon akan menampilkan “Health Bar” yang menunjukkan jumlah nyawa dan meter “Digi-soul”. Meter Digi-soul pula menunjukkan jumlah tenaga untuk Digimon supaya dia menggunakan serangan khas.

Dalam pertempuran, para Tamer (pemain) boleh menggunakan item yang memulihkan kesihatan dan Digi-soul.

Terdapat sejenis menu di bahagian bawah skrin dengan dua barisan. Barisan pertama merupakan skil dan kemahiran khas yang boleh digunakan oleh Digimon anda. Apabila Digimon itu naik tahap, mereka akan mempunyai akses kepada lebih banyak serangan.

Barisan kedua pula merupakan arahan spesifik untuk Digimon seperti: menyerang, melarikan diri, berhenti menyerang tetapi jangan melarikan diri, dan mengambil item yang terjatuh.

Kredit: Move Interactive
Kredit: Move Interactive

Adakah game ini akan keluar di Malaysia?

Kredit: Move Interactive

Saya tidak begitu pasti tetapi ada kemungkinan game ini akan dikeluarkan di pasaran global.

Hakikatnya, game pertama hanya dikeluarkan untuk beberapa negara tertentu (tidak termasuk Malaysia) tetapi selepas pengumuman remaster, ramai peminat sangka bahawa pihak pemaju ingin mengeluarkan game ini untuk khalayak lebih ramai dan luas, lantas menjadikan boleh dimuat turun oleh seluruh dunia.

Pihak pemaju tidak mengesahkan maklumat ini tetapi harap-harap teori ini menjadi kenyataan.

Pada masa yang sama, Digimon Masters: EVOLUTION sepatutnya mengadakan Ujian Beta Tertutup pada hujung tahun ini tetapi ia ditangguhkan kepada 2024. Kim Dong-seong (CEO Move Interactive) mengesahkan bahawa mereka ingin mendedahkan versi pertama untuk game ini pada separuh awal 2024.

Kredit: Move Interactive

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Digimon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: digimonDigimon Masters: EvolutionPC
ShareTweetSend
Previous Post

Horizon Forbidden West Complete Edition Mungkin Hadir ke PC, Menurut Khabar Angin!

Next Post

Code Geass: Lost Stories Kini Tersedia di iOS dan Android! Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Code Geass: Lost Stories Kini Tersedia di iOS dan Android! Download Sekarang!

Code Geass: Lost Stories Kini Tersedia di iOS dan Android! Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd