Francais Digimon kini menyambut ulang tahun ke-25, dan sebagai sebahagian daripada sambutan ini, projek istimewa bertajuk Digimon Adventure Beyond akhirnya didedahkan.
Bukan anime baharu, tetapi dilabel sebagai video muzik, projek ini membawa kembali DigiDestined original, kini sudah dewasa sepenuhnya, dan memaparkan peristiwa yang belum pernah dilihat sebelum ini, yang membawa kepada penamat Digimon Adventure 02—selepas 25 tahun kemudian.
Video ini menjadi jambatan antara masa lalu dan masa depan, menampilkan geng DigiDestined 01 dan 02 sebagai dewasa yang matang sepenuhnya, dan menunjukkan langkah-langkah terakhir mereka dalam perjalanan yang bermula sejak dua dekad lalu.
Apa yang istimewa sangat?
Projek ini berlaku selepas peristiwa Digimon Adventure 02: The Beginning, yang merupakan sekuel kepada Digimon Adventure Last Evolution Kizuna—filem yang menujukkan Taichi, Yamato, dan lapan DigiDestined original sebagai orang dewasa muda.
Last Evolution Kizuna merupakan petanda bahawa pengembaraan Taichi dan Yamato semakin menghampiri penghujungnya, tetapi kini, Digimon Adventure: Beyond menyatukan kesemua watak semula untuk kisah terakhir mereka.

PV ini memberikan tumpuan utama kepada semua DigiDestined original daripada Digimon Adventure 01 dan Digimon Adventure 02, tetapi terutamanya fokus pada Taichi dan Yamato, memaparkan kehidupan mereka sebagai orang dewasa ketika mereka menghampiri epilog Digimon Adventure 02.
Latar muziknya ialah “Brave Heart”, lagu ikonik dari siri asal tetapi kini diberi gubahan baru, yang meningkatkan lagi rasa nostalgia projek ini.

Hiroyuki Kakudou, yang mengarahkan Digimon Adventure dan Digimon Adventure 02, kembali bagi sebagai pengarah. Rie Nishimura, yang terkenal dengan Digimon Adventure 02: The Beginning (2023), mengadaptasi bentuk dewasa bagi watak-watak kegemaran sebagai character designer.
Studio Animasi: Yumeta Company, yang turut menghasilkan animasi Last Evolution Kizuna, memastikan projek ini menampilkan visual berkualiti tinggi.

Sama ada ini benar-benar menandakan pengakhiran kisah mereka masih menjadi persoalan, tetapi buat masa ini, ia berfungsi sebagai salam perpisahan penuh emosi kepada pengembaraan yang bermula pada tahun 1999.
@gamersantaimy
Discussion about this post