Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Dibakar 7 atau 8 kali” — Chris Hemsworth & Sam Hargrave Dedahkan Detik Menarik Semasa Penggambaran Extraction 2!

Maira by Maira
June 6, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
“Dibakar 7 atau 8 kali” — Chris Hemsworth & Sam Hargrave Dedahkan Detik Menarik Semasa Penggambaran Extraction 2!

Kredit imej: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Filem aksi Netflix, Extraction 2 akan hadir ke platform penstriman itu tidak lama lagi. Baru-baru ini, persidangan untuk filem telah pun diadakan di Manila, Filipina. Kami berpeluang untuk menghadirinya secara dalam talian dan ada beberapa perkara menarik yang telah didedahkan semasa persidangan Extraction 2. Tetapi sebelum itu, mari kami ceritakan sedikit mengenai filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Extraction 2 merupakan filem sekuel kepada filem Extraction yang distrim melalui Netflix pada 2021. Filem kedua ini membawa anda bertemu semula protagonis, Tyler Rake yang disangkakan sudah mati dalam filem pertama. Diadaptasi berdasarkan novel grafik “Ciudad” filem yang penuh dengan detik sengit serta tembak menembak akan hadir pada 16 Jun 2023.

Sumber: Netflix

Persidangan Extraction 2 membawa kita bertemu dengan pengarah filem, Sam Hargrave dan Chris Hemsworth yang memegang watak Tyler Rake. Pelbagai perkara menarik mengenai penggambaran didedahkan oleh mereka berdua sepanjang 30 minit acara. Tanpa membuang masa, teruskan membaca.

Chris mengatakan bahawa pelbagai benda mengenai latar belakang Tyler tidak ditunjukkan dalam filem pertama. Dalam filem ini, ia akan mendedahkan sedikit sebanyak mengenai watak tersebut serta membawa sebuah penceritaan yang beremosi dan bukan hanya aksi sahaja.

Apabila bertanyakan tentang perkara paling teruja untuk penonton lihat ialah aksi yang melibatkan kereta api yang bergerak. Chris menceritakan sedikit mengenai pengalaman penggambarannya semasa berada di atas kereta yang bergerak 40 ke 50 batu sejam. Dengan negara Czech Republic yang sejuk ketika itu ditambah pula dengan sebuah helikopter yang terbang di hadapannya.

Satu lagi adegan adalah adegan di kawasan penjara seperti yang ditunjukkan dalam trailer filem. Dalam adegan tersebut, badan Chris serta pelakon tambahan yang lain akan dibakar. Chris ada juga mengatakan bahawa ianya pengalaman yang menakutkan. Tambahnya lagi, “…. risiko yang tinggi akan memberikan kami prestasi yang tinggi dan kesan yang lebih tinggi untuk penonton.”

Sam turut mendedahkan bahawa Chris dibakar hampir tujuh atau lapan kali malah memberitahu dengan nada jenaka bahawa dia suka bakar Chris Hemsworth. Tambah Chris keadaan yang sejuk itu membuatkannya juga teruja apabila dibakar.

“Saya suka bakar Chris Hemsworth. Itu sahaja cara untuk memastikan dia panas.”

Sam Hargrave
Sumber: Netflix

Extraction pertama telah menunjukkan aksi hebat kepada penonton. Sudah tentu sesuatu yang lebih hebat akan dibawa ke dalam filem kedua ini. Sam memberitahu bahawa aksi untuk lebih panjang berbanding filem pertama. Apabila bercakap tentang benda paling gila yang dilakukan dalam filem adalah semasa adegan helikopter yang mendarat atas kereta api bergerak.

Katanya, ” itu mungkin rakaman paling sukar untuk saya kerana saya mengendalikan kamera dan saya tidak tahu sama ada anda berada di bawah helikopter cuba untuk menjauhkan diri dari tanah. Terdapat banyak kuasa yang membolehkan burung [helikopter] itu terbang dan berjalan di bawahnya seperti berjalan ke dalam taufan. Jadi untuk berjalan di sebelahnya, kami cukup dekat di mana saya boleh menjangkau dan menyentuh juruterbang. Kami boleh bertepuk tangan jika kami mahu itu.”

Sumber: Netflix

Chris juga menambah bahawa ada enam pelakon lain yang menaiki helikopter tersebut sebelum ia berlepas semula. Dengan stunt, pertarungan yang lebih panjang, Chris menceritakan bahawa sequence aksi terasa lebih mudah tetapi ada juga masa di mana dia rasa seperti mempelajarinya semula. Dia turut memberitahu bahawa cara dia membawa Tyler berbeza dengan dengan Thor.

“Kebiasaan mempelajari rutin dan langkah-langkah, dan koreografi pertarungan. Saya rasa menjadi lebih mudah dan sebahagian daripadanya sudah biasa dan anda memilih bahagian sama ada daripada filem lain atau urutan pertarungan tertentu. Tetapi setiap kali ia seperti belajar semula dan ia hanya memerlukan sedikit kesukanan. Jadi saya perlu hadir ke filem ini secara fizikal dengan cara yang berbeza daripada yang dikatakan. Seperti untuk Thor, ia lebih estetik dan tentang membina otot dan kelihatan lebih besar dan sebagainya, tetapi ia tidak terlalu berfungsi, sedangkan untuk filem ini adalah tentang membuang banyak perkara itu. Dapat bergerak lebih banyak, lebih fleksibiliti, berfungsi, tetapi pastinya anda tahu mempunyai seseorang yang anda percayai dan pernah bekerja dengan anda sebelum ini, ada terdapat bantuan di sana yang menjadikannya lebih mudah.”

Sumber: Netflix

Untuk mengekalkan kesegaran aksi dalam filem Extraction 2, Sam memberitahu bahawa dia meletakkan dirinya dalam perspektif peminat dan fikir tentang apa yang peminat nantikan dan teruja semasa menontonnya, lebih-lebih lagi dengan begitu banyak koreograf serta rekaan hebat daripada filem lain.

“Saya sendiri cuba melihatnya seperti peminat. Saya peminat filem aksi. Seperti saya, saya sangat teruja dengan Mission Impossible. Macam tak sabar nak tengok… Jadi apabila saya mendekati aksi saya fikir apa yang saya sebagai peminat mahu lihat. Ya, saya mahu melihat apa yang akan saya nikmati dan kemudian bagaimana saya boleh melakukannya dengan cara yang menarik atau mungkin belum pernah dilakukan sebelum ini. Kerana banyak terdapat begitu banyak pereka aksi dan koreografer dan barangan yang hebat di luar sana. Banyak kali saya tidak melakukannya, saya tidak berasa seperti saya akan mengeluarkan koreograf atau sepakan keluar dan menumbuk mereka, tetapi saya mungkin dapat memotretnya dengan cara yang unik pada pandangan saya.”

Sumber: Netflix

Memang menarik sungguh perkongsian daripada Sam dan Chris semasa persidangan tersebut. Ia membuatkan kami teruja untuk menonton Extraction 2 di Netflix pada 16 Jun nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chris HemsworthExtraction 2netflixSam Hargrave
ShareTweetSend
Previous Post

Acer ingin fokus pasaran gaming, perhatian diberi kepada SpatialLabs, 3D & VR

Next Post

Sony bekerjasama dengan Fnatic untuk mencipta peralatan gaming INZONE baharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Sony bekerjasama dengan Fnatic untuk mencipta peralatan gaming INZONE baharu!

Sony bekerjasama dengan Fnatic untuk mencipta peralatan gaming INZONE baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd