Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV Season of Blood Akan Datang Pada 18 Oktober Bersama Versi Steam & Pelbagai Update!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2023
in Artikel, Battle.net, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV Season of Blood Akan Datang Pada 18 Oktober Bersama Versi Steam & Pelbagai Update!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 18 Oktober, Diablo IV Season of Blood (musim seterusnya di dalam game) akan dilancarkan dengan pelbagai kandungan baharu. Pemain boleh menantikan Questline, kuasa ala vampire, 5 endgame boss serba baharu dan banyak lagi . Selain itu, Patch 1.2.0 akan membawa banyak update quality-of-life termasuk perubahan pada mount, renown, Nightmare Dungeon, perolehan XP yang lebih pantas dan banyak lagi.

Pada tarikh yang sama, Diablo IV turut akan dilancarkan di Steam! Ini merupakan tambahan kepada Battle.net, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation® 5 dan PlayStation® 4, yang kesemuanya akan menyokong cross-play dan cross-save.

Jadi apakah yang akan ditambahkan secara khusus dalam update ini?

Season of Blood

Kredit: Blizzard Entertainment
  • Pada musim ini, berganding bahu dengan Vampire Hunter Erys (disuarakan oleh pelakon dan produser filem Gemma Chan) untuk menghadapi ancaman terbaru di Sanctuary. Melalui perjalanan ini, pemain akan dapat memanfaatkan kuasa Vampire yang memberikan pelbagai jenis abiliti gelap dan kuat untuk watak anda bertarung seperti vampire. Dapatkan kuasa ini dengan sumber baharu yang dipanggil Potent Blood, dan Pact Armor.
  • Raksasa serba baharu telah muncul dengan ketibaan vampire Lord Zir. Hadapi musuh bernama Blood Seekers yang menyerupai dan berkelakuan sama seperti pemain sebenar dan menggunakan kemahiran sama tetapi dalam versi tercemar.
  • Blood Harvest Season Event memberi peluang tertinggi untuk menerima bahan Potent Blood dan Pact Armor. Dalam event ini, anda akan menghadapi tentera vampire dan Blood Seekers merentasi pelbagai kawasan di Sanctuary.
  • Sebaik sahaja Season of the Malignant tamat, semua watak Seasonal akan dipindahkan ke Eternal Realm dan semua item dalam simpanan Season of the Malignant watak tersebut akan masuk ke tab Withdraw Only Stash.
  • Lima boss endgame akan tersedia untuk dicabar dalam bentuk The Beast in the Ice, Dark Master, Varshan, Echo of Duriel and Grigoire, The Galvanic Saint.
Kredit: Blizzard Entertainment

Update Quality of Life

Kredit: Blizzard Entertainment
  • Pemain baharu kini boleh Skip the Campaign dan melompat ke kandungan bermusim serta-merta selepas menamatkan Prologue, supaya mereka boleh menyertai rakan-rakan apabila musim baru bermula.
  • Ganjaran Renown yang anda perolehi (seperti potion charge, skill point tambahan, paragon points tambahan dan murmuring obol), sama ada dalam eternal atau seasonal realm, kini dibawa dari musim ke musim. Ganjaran unik yang diperoleh daripada renown kini akan berterusan untuk watak baharu. Ganjaran renown akan terikat dengan akaun watak hardcore, manakala ganjaran untuk watak bukan hardcore akan terikat pada jenis watak tersebut.
  • Dapatkan XP dan capai Level 100 kira-kira 40% lebih pantas berbanding Season of the Malignant.
  • Penambahbaikan kepada Nightmare Dungeons termasuk teleportasi ke bahagian dalam dungeon, peningkatan kepadatan raksasa, rakan NPC yang lebih tahan lama dan pengurangan eksplorasi berulang.
  • Pengalaman Endgame telah dipertingkatkan dengan pengenalan “boss ladder”, untuk memperoleh ganjaran Unique dan Uber Unique yang jatuh pada kadar yang lebih tinggi. Acara Legion dan World Boss juga akan muncul dengan lebih kerap.
  • Banyak pelarasan pada pengurusan Item dan inventori, seperti menjadikan Gem sebagai bahan kraf, mengurangkan inventori yang terlalu membebankan dan menghalang pemain daripada menghilangkan kemajuan mereka pada watak Hardcore kerana isu sambungan.
  • Mount kini bergerak lebih pantas, lebih tangkas dan mempunyai keupayaan untuk melanggar halangan jalan.
  • Dan banyak lagi…
Kredit: Blizzard Entertainment

Untuk melihat sepenuhnya setiap kandungan yang akan datang dalam Season of Blood, sila lihat blog Diablo IV di SINI.

Untuk segala berita mengenai Diablo daripada kami, boleh klik pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVDiablo IV Season of BloodsteamUpdate
ShareTweetSend
Previous Post

Manga Attack on Titan Akan Dedahkan Masa Lampau Watak Istimewa Dalam Bab Baharu!

Next Post

My Hero Academia 403: All Might Diambang Maut, Bakugo Akhirnya Kembali! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
My Hero Academia 403: All Might Diambang Maut, Bakugo Akhirnya Kembali! [SPOILER]

My Hero Academia 403: All Might Diambang Maut, Bakugo Akhirnya Kembali! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd