Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal tambah Mini Update, jom hadapi Fractured Plane!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 18, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Diablo Immortal tambah Mini Update, jom hadapi Fractured Plane!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo Immortal kembali dengan satu lagi Mini Update baru. Sebelum ini, kita melalui Adventurer’s Path, mengharungi Hero’s Journey, dan memulakan transformasi sebagai Aspect of Justice dengan Season Three Battle Pass.

Selepas “maintenance” selesai, semua content yang dinyatakan di bawah akan disiarkan secara langsung termasuk perjalanan ke Fractured Plane, game mode boleh ulang Echo of the Immortal, 36 item kelas Legendary baharu dan banyak lagi untuk Diablo Immortal.

Acara masa terhad Fractured Plane

Fractured Plane ialah acara masa terhad baharu di mana pemain memasuki gauntlet 15-tingkat yang didiami oleh raksasa ganas. Perjalanan anda dalam Fractured Plane bermula tanpa peralatan, gem dan skil biasa. Sebaliknya, anda akan diberikan set skil yang telah dipilih berdasarkan kelas.

Untuk maju, anda mesti bergantung semata-mata pada kecerdasan, peralatan tidak stabil yang anda temui, dan Chaos Coins yang diperoleh selepas menewaskan musuh. Yang paling penting, hanya gear jenis Legendary yang tidak stabil boleh ditemui dalam Fractured Plane. Apabila perjalanan anda dalam Fractured Plane selesai, semua peralatan tidak stabil yang anda kumpulkan akan lenyap.

Anda boleh menukar Chaos Coins untuk item baharu atau Shards of Fortune di Chaos Broker. Shard ini akan meningkatkan Fortune Rating anda, memberikan peluang yang lebih besar untuk menerima item Legendary berkualiti tinggi daripada peti di setiap tingkat.

Jika cukup bijak untuk sampai ke tingkat 15 tanpa mati lebih daripada lima kali, anda akan menerima ganjaran. Daripada semua item Legendary yang anda temui, pilih enam, dan daripada enam itu, anda akan diberi ganjaran satu secara rawak untuk bawa keluar dari Fractured Plane.

Echo of the Immortal

Mulai sekarang hingga 14 September, Echo of the Immortal— sebuah game mode boleh ulang masa terhad, akan tersedia untuk pemain yang sekurang-kurangnya Level 40 untuk mempamerkan kehebatan PvP mereka dalam perlawanan ala Challenge of the Immortal.

Dalam Echo of the Immortal, 15 pemain akan berhadapan dengan seorang pemain dengan kuasa Immortal yang dipilih secara rawak. Jika sekumpulan itu menang dan berjaya menewaskan Immortal, perlawanan itu menjadi free-for-all di mana hanya yang terbaik dari yang terbaik akan memperoleh ganjaran. Untuk cuba, anda boleh bercakap dengan Battleground Captain di Westmarch.

36 item Legendary baru

Sejumlah senjata dan perisai mengancam telah ditambah dalam content update hari ini. Banyak kuasa Legendary tertumpu pada efek crowd control. Setiap kelas telah menerima 6 item, menambahkan lebih banyak Legendary affix untuk build anda. Korang boleh baca lebih lanjut tentang item Legendary baru di sini.

Untuk senarai penuh bagi Diablo Immortal Mini Update, korang boleh baca di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortalMobileUpdate
Previous Post

[Review] Predator Helios 300 2022 – Versi baru dengan prestasi yang lebih canggih

Next Post

[Review] Satria Dewa: Gatotkaca – Lahirnya Adiwira Baru di Nusantara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Satria Dewa: Gatotkaca – Lahirnya Adiwira Baru di Nusantara!

[Review] Satria Dewa: Gatotkaca - Lahirnya Adiwira Baru di Nusantara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd