Seperti kontroversi yang disangkakan, game mobile hack-and-slash RPG Diablo Immortal telah akhirnya siap. Pengesahan ini datang daripada CFo NetEase Yang Zhaoxuan, di mana syarikatnya sedang bikin Diablo: Immortal bersama Activision Blizzard.
Zhaoxuan berkata pada satu persidangan NetEase di mana dia tuju jika pergantungan yang dibuat oleh kerajaan China ke atas produk gaming berpotensi untuk dilepaskan ke pasaran domestik.

Pada December tahun lepas, beberapa pereka game termasuk game mereka menerima kecaman daripada China’s Online Gaming Ethics Review Committee. Jawatankuasa itu melarang atau menolak pelbagai video game yang terkenal untuk mencapai matlamat bagi melawan ketagihan permainan video. Laporan awal berkata PUBG dan Fortnite dilarang di pasaran China. Developer game untuk francais lain, termasuk Blizzard yang menghasilkan Diablo dinasihatkan untuk mengambil langkah yang betul.
“Beberapa penyelia lokal dan dari Wilayah telah mengubah suai format untuk penyerahan sumber, tetapi kami tidak mentafsirkan itu sebagai satu larangan untuk kelulusan game baru.” kata CFO NetEase Zhaoxuan. Beliau menambah:
“Daripada perspektif co-developer, pembangunan game [Diablo Immortal] ini telah pun siap. Untuk tarikh tepat keluaran, saya menggalakan kepada pasaran untuk menuju soalan mereka kepada Activison Blizzard.”
Diablo Immortal diumumkan kepada kecaman ramai ketika Blizzcon 2018. Peminat berharap untuk keluaran Diablo 4, atau berita tentang Diablo 2: Remastered, atau penambahan kepada Diablo 3. Kemunculan Diablo Immortal dilihat sebagai satu hinaan kepada muka para peminat.
Antara sedutan gameplay Diablo Immortal:
Pengumuman Diablo Immortal juga merupakan pengumuman terakhir untuk majlis pembukaan Blizzcon bagi co-founder, Mike Morhaime, satu pengakhiran yang tidak beberapa indah.
people keep discussing the "backlash to the backlash" for diablo immortal and a consistent throughline is that the red shirt guy was "disrespectful for asking if the project was a joke to the faces of developers who had worked on it for years"
— DN (@_doublenegative) November 5, 2018
Pada bula-bulan berikut, Activision Blizzard telah mengumpul PR yang sangat buruk hasil penutupan liat epsorts mereka Heroes of the Storm dan kehilangan ramai senior eksekutif. Berita buruk ini diakhiri dengan hampir 800 pekerja dipecat untuk penstrukturan semula syarikat tersebut. Drama oh drama.

@gamersantaimy
Discussion about this post