Mulai hari ini, pengguna iOS boleh pradaftar game mobile Diablo Immortal di iPhone atau iPad mereka manakala pengguna Android boleh membuat prapendaftaran sejak tahun lepas di laman web rasmi dan Google Play Play Store. Jika 30 juta orang mendaftarkan diri sebelum tarikh pelancaran Diablo Immortal (tidak diumumkan), Blizzard janji akan memberi semua orang satu skin percuma iaitu ‘Horadrim Cosmetic set’ berdasarkan tema ‘ Brotherhood of the Horadrim’.
Selain itu, Blizzard mengumumkan beberapa perkara tambahan dalam blogpost khusus yang menceritakan bagaimana pemain dapat menukar kelas watak sambil mengekalkan ‘progression’ keseluruhan.
Perubahan Kelas atau ‘Class Change’ adalah mekanik supaya pemain dapat mencuba setiap kelas tanpa perlu mula dari awal. Apabila bertukar kelas, pemain akan mengekalkan semua XP mereka, dan menerima set item baru yang bersesuaian dengan kelas semasa, manakala yang lama akan disimpan.

Dalam blogpost yang sama, Blizzard berkata mereka akan melancarkan set kosmetik baru bagi semua kelas setiap bulan, yang sepadan dengan tema Battle Pass pada ketika itu. Pemain yang membeli Battle Pass akan unlock gear untuk semua kelas, di mana yang lain-lain akan dijual melalui kedai dalam permainan.
Selain itu, beberapa set kosmetik akan dihadiahkan secara percuma apabila pemain meningkatkan stat ‘Dominance’ bagi ‘Faction’ masing-masing dan apabila pemain meningkatkan atribut ‘Resonance’ untuk ‘Legendary Gem’ yang mereka perolehi, kosmetik tersebut akan berubah penampilan untuk lihat lebih agung dan terperinci.

Bagi mereka yang tertanya, kosmetik membenarkan pemain menukar penampilan tetapi tidak akan menjejaskan gear atau statistik kita, tidak seperti game MMO lain.
Diablo Immortal pertama kali diumumkan di BlizzCon 2018 dan sedang dibangunkan oleh Blizzard dan NetEase. Blizzard mengadakan ujian alpha teknikal untuk game ini pada ditunda ke tahun 2022 untuk menguruskan maklum balas pemain dan membuat perubahan pada kandungan PvP dan hal-hal lain, serta melaksanakan sokongan controller.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini. Jangan lupa untuk pradaftar Diablo Immortal yang di iOS atau Android!
@gamersantaimy
Discussion about this post